Free Birds [Review]

Free Birds merupakan sebuah filem animasi khas sempena hari Thanksgiving yang  menceritakan kisah pengembaraan dua ekor ayam belanda yang ingin kembali ke zaman hari Thanksgiving pertama untuk menghalang ayam belanda dari menjadi menu utama perayaan itu.

Free Birds

Free Birds [Review]

Free Birds mengisahkan bermula apabila seekor ayam belanda yang mempunyai pemikiran berlainan dari puaknya bernama Reggie diselamatkan dari ladang ayam belanda oleh anak presiden US yang inginkannya menjadi “ayam belanda yang dikecualikan” daripada dimakan. Dia kemudiannya hidup selesa di Camp David.

Jake pula seekor ayam belanda tegap yang mempunyai misi untuk mencari mesin masa di makmal rahsia Amerika dan kembali ke zaman silam untuk menyelamatkan ayam belanda dari menjadi menu utama hari Thanksgiving.

Walaupun pada mulanya mereka tidak bersetuju, mereka akhirnya bergabung tenaga untuk mencapati matlamat tersebut.

Watak dan Jalan Cerita

Dalam sebuah filem animasi seperti ini, watak-watak yang comel dan mempunyai karekter yang lucu adalah penting. Jika dalam animasi Despicable Me, watak minions merupakan watak comel yang menjadi trademark filem animasi tersebut.

Malangnya dalam filem animasi ini, tidak ada watak tersebut kecuali watak anak presiden US yang sering berubah mood dengan sekelip mata. Comel dan lucu, tetapi watak tersebut hanya muncul beberapa kali dalam filem ini. Tidak cukup untuk menjadi trademark filem ini. Watak mesin masa juga agak lucu dan spontan, namun ia juga tidak muncul cukup lama dalam filem ini untuk dijadikan trademark.

Free Birds

Jadi, kelemahan utama filem ialah kekurangan watak yang utama yang boleh diingati, seperti minions dalam filem animasi Despicable Me.

Jalan ceritanya pula tidak ubah seperti jalan cerita filem animasi biasa. Ia tidaklah teruk, namun tidak juga baik. Pada pendapat kami, jika ia dinilai dari kaca mata kanak-kanak pun, filem ini menghiburkan, namun akan dilupai kanak-kanak itu setelah pulang ke rumah.

Jalan ceritanya juga agak sedikit tidak releven kepada kanak-kanak bukan Amerika kerana pasti mereka tertanya-tanya apakah itu perayaan Thanksgiving. Perayaan ini berkaitan kesyukuran para penjajah pertama yang membuka Amerika lebih kurang 600 tahun dahulu.

Kesimpulan

Walaupun filem animasi ini tidak dijangka akan diingati oleh para kanak-kanak yang menontonnya, tidak salah untuk menontonnya bersama anak-anak kecil sebagai rekreasi hujung minggu. Tetapi kami tidak nampak akan ada sekuel mahupun barangan mainan berasaskan filem animasi ini akan dikeluarkan.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *