Fantastic 4 [Review]

Sejujurnya filem “reboot” Fantastic 4 bukanlah satu filem yang kami nanti-nantikan kerana jika dinilai dari versi filem sebelumnya yang ditayangkan 10 tahun lalu pada 2005, dapat disimpulkan francais filem ini tidak berpotensi untuk pergi jauh. Sungguhpun demikian, demi pembaca Wayangkini.com, kami tetapi menonton filem ini untuk memberi review dan pandangan mengenainya.

Fantastic 4

Fantastic 4 [Review]

Filem Fantastic 4 merupakan reboot bagi filem dengan tajuk yang sama yang ditayangkan pada tahun 2005. Tetapi kali ini ia memfokuskan kepada bagaimana keempat-empat adiwira tersebut mendapat kuasa istimewa mereka.

Ia mengisahkan Reed Richards, seorang genius muda yang berjaya mencipta mesin teleport antara dimensi. Baxter Foundation mendapat tahu tentangnya dan mengambil Reed sebagai penyelidik mereka bagi menyiapkan projek teleport berskala besar bersama 3 lagi ahli kumpulan penyelidik muda.

fantasticfour21

Namun setelah mesin itu berjaya diuji, pihak Baxter Foundation menyerahkan projek itu kepada pihak CIA dan tentera Amerika. Kumpulan penyelidik itu yang berang merancang untuk membuat percubaan manusia pertama untuk pergi ke dimensi lain dan mengesahkan kedudukan mereka sebagai orang pertama menjejakkan kaki ke dimensi tersebut.

Apakah yang berlaku kepada mereka? Untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

Fantastif Four 2015 4_zpsvtunukfw

Jalan Cerita

Gambaran atau pandangan pertama kami mengenai jalan cerita filem ini ialah ia cuba sedaya-upaya untuk tidak menjadi sebuah filem adiwira seperti Batman, Spiderman mahupun Ultraman. Sebaliknya ia menampilkan imej sebuah filem Sci-Fi, lengkap dengan penggunaan terma-terma saintifik dan sebagainya.

Malangnya, asas saintifiknya juga kurang kukuh dan tidak meyakinkan. Ditambah pula dengan kekurangan adegan-adegan aksi, menjadikan filem ini sebuah filem yang keliru dengan identitinya. Ia tidak cukup saintifik untuk sebuah filem Sci-Fi dan pada masa yang sama kekurangan aksi sebagai sebuah filem aksi.

new-fantastic-four-trailer-shows-doom-human-torch_sm14.640

Hasilnya, sebuah filem yang hambar dan bagi penonton yang keletihan setelah seminggu bergelumang di tempat kerja, mungkin akan tertidur semasa beberapa babak di mana watak-wataknya banyak bercakap. Bagi yang tidak terlena pula, mereka terpaksa melalui satu demi satu babak yang membosankan dan apabila tiba di babak perlawanan terakhir di mana penonton mengharapkan aksi hebat, ia sangat menghampakan. Pengakhirannya sangat klise.

fantastic-four-2015-miles-teller-mr-fantastic

Positif vs Negetif

Positif

  • Pengarah sudah cuba sedaya upaya untuk mewujudkan kelainan dalam jalan ceritanya, berbanding filem pertama pada 2005.
  • Pecubaan baik untuk menampilkan kelainan pada francais filem ini, walaupun kurang berjaya.

Negetif

  • Jalan cerita sangat tidak meyakinkan, mungkin kerana asas kewujudan Fantastic 4 sememangnya hambar sehingga kita tidak boleh menyalahkan pengarah atau penulis filem.
  • Pengakhiran yang sangat klise dan berunsur komik.
  • Watak-watak yang lemah.

Fantastic_Four_poster_2

Kesimpulan

Untuk berlaku adil kepada kru produksi, kami rasakan pengarah dan penulis sudah sedaya upaya cuba membawakan kelainan pada filem Fantastic 4, namun kekangan dari segi asal usul komik ini tidak membenarkan sebuah filem yang baik.

Perkara pertama, nama “Fantastic 4” adalah nama kumpulan hero legasi zaman 40-60an dan tidak boleh digunapakai pada zaman sekarang. Sejujurnya, jika mahu memikirkan nama bagi satu-satu kumpulan, kami rasakan remaja masa kini tidak akan menimbang langsung nama “Fantastic” kerana ia langsung tidak “cool”.

fantastic 4

Perkara kedua ialah oleh kerana fokus kehebatan mereka lebih tertumpu kepada kuasa istimewa berbanding teknologi dan gajet, kami rasakan mereka lebih sesuai untuk digabungkan di bawah X-Men.

Apa pun, jika anda seorang peminat tegar Fantastik 4, jangan jadikan review ini penghalang kepada perancangan anda untuk menonton filem ini.

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

1 thought on “Fantastic 4 [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *