Captain America Winter Soldier [Review]

Filem pertama Captain America The First Avenger memberi pengenalan kepada Captain American dan musuhnya, Hydra yang merupakan cawangan rahsia pihak Nazi semasa perang kedua. Dalam filem kedua, Captain America Winter Soldier, Hydra yang disangka musnah kembali untuk mendatangkan kerosakan kepada dunia.

 Captain America Winter Soldier

Captain America Winter Soldier [Review]

Captain America Winter Soldier merupakan filem kedua Captain America, di mana selepas beliau dinyahbekukan setelah 70 tahun berada dalam keadaan beku ekoran kapal terbangnya terhempas di kawasan Antartika.

Kali ini organisasi Shield berada dalam situasi bahaya setelah Nick Fury, ketua Shield telah diserang dan “dibunuh” oleh satu musuh yang tidak diketahui dipanggil The Winter Soldier.  Sebelum dibunuh, Nick Fury mengarahkan Captain America untuk tidak mempercayai sesiapa dalam Shield kerana beliau merasakan terdapat sesuatu yang tidak kena berlaku dengan organisasi tersebut.

Kini Captain America dipertanggungjawabkan untuk membongkar apa di sebalik maklumat rahsia yang deskripsikan yang diperolehi dari kapal Shield yang dirampas. Apakah maklumat rahsia ini dan apa kaitannya dengan mereka yang membunuh Nick Fury? Bagaimanakah kesudahannya? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

Captain America Winter Soldier

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini antara paling menarik dalam filem-filem Marvel, di mana walaupun tidak kompleks, ia menyajikan liku-liku penyiasatan yang menarik di samping aksi-aksi yang mendebarkan. Tiada babak-babak membazir yang jelas, setiap isi cerita ditampilkan dalam rentak berterusan.

Musuh sebenar kepada Shield diperkenalkan agak awal dalam filem ini tetapi situasi di mana musuh itu berada menjadikan jalan ceritanya sangat menarik. Anda akan faham apa maksud saya apabila anda menonton filem ini. Saya tidak boleh mendedahkannya kerana takaut menjadi spoiler pula.

Ia akan mempunyai penamat yang agak tidak dijangkakan dan seperti biasa juga, pastikan anda menonton babak rahsia selepas kredit filem untuk melihat preview kepada filem akan datang. (Pembayang : Ia bukan sahaja berkaitan Captain America sahaja, malah seluruh dunia superhero Marvel).

Captain America Winter Soldier

Lakonan

Pada pendapat saya, persembahan terbaik dari segi lakonan ialah babak-babak lawan dalam filem ini yang kelihatan paling hebat dalam filem Marvel setakat ini. Koreografi babak lawannya sehebat filem Kungfu Hong Kong. Ditambah pula dengan senjata api, babak lawannya sememangnya tarikan paling menarik dalam filem ini.

Walaubagaimanapun, lawak jenaka dalam filem ini dikurangkan kepada minimum, jadi anda tidak dijangka mendengar gelak ketawa dalam panggung.

Lakonan watak Natasha atau Black Widow lebih berani kali ini dengan aksi yang lincah dan berani serta beberapa aksi agak intim dengan Captain Amerika. Captain Amerika pula, seperti biasa merupkan satu watak yang  idealistik dan jujur.

Anda juga akan diperkenalkan dengan watak Winter Soldier dan dijangka beliau akan muncul dalam filem-filem akan datang.

Kesimpulan

Kebaikan

  • Babak dan isi filem ditampilkan secara berterusan tanpa banyak babak membazir.
  • Jalan cerita yang menarik, tidak terlalu kompleks dan tidak terlalu ringkas.
  • Babak lawan yang dikoreografi dengan baik.
  • Aksi secara keseluruhan yang mendebarkan

Keburukan

  • Tiada keburukan yang jelas boleh dilaporkan

Captain Amerika Winter Soldier merupakan sebuah filem wajib tonton kerana ia boleh dikatakan filem Marvel yang paling sempurna setakat ini. Jalan ceritanya tidak terlalu kompleks dan tidak terlalu ringkas membolehkan ia diminati oleh setiap peringkat penonton.

Ia juga tidak mempunyai cliche-cliche yang biasa dikaitkan dengan filem Holiwood berunsurkan komik seperti Hero tampil kuat di penghujung cerita setelah kalah sebelum itu. Pastikan anda menonton filem ini.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *