Brick Mansions [Review]

Filem Brick Mansions merupakan filem terakhir yang lakonan Paul Walker yang berjaya disiapkan sebelum kematiannya. Ia merupakan pembikinan semula filem Perancis B13 yang penuh dengan aksi Parkour dan menjadi sebutan ramai suatu ketika dahulu.

Brick Mansions

Brick Mansions [Review]

Brick Mansions adalah pembikinan semula filem aksi Perancis, B13 yang ditayangkan pada tahun 2004. Ia mengisahkan satu kawasan perumahan atau flat yang telah dibina tembok mengelilinginya kerana kadar jenayah di kawasan tersebut tidak mampu dikawal lagi oleh pihak berkuasa.

Paul Walker memainkan watak Damien Collier, seorang polis menyamar yang ditugaskan untuk mematikan dan mendapatkan semula bom yang boleh memusnahkan keseluruhan Brick Mansions dan pada masa yang sama beliau ingin menangkap ketua penjenayah Brick Mansions, Tremaine Alexander yang dikatakan telah membunuh bapanya.

Beliau mendapat bantuan seorang lagi penjenayah kawasan tersebut bernama Lino yang mana teman wanitanya telah diculik oleh Tremaine. Dalam usahanya mencapai matlamatnya, beliah berjaya membongkar muslihat jahat datuk bandar Detroit.

Catalina Denis Brick Mansions Wallpaper -01

 

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini agak straight forward dan tidak berbelit, jadi ia mudah difahami dan tidak memeningkan. Namun, ini juga menjadikan filem tersebut hambar dan tidak memperlihatkan suatu yang baru. Ia diselitkan dengan lawak jenaka yang lucu, namun sifat Paul Walker yang agak serious telah melenyapkan sedikit kelucuannya.

Namun jika anda tidak mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap filem ini tentu anda akan dapat menikmatinya sebagai santai hujung minggu.

brick-mansions03Lakonan

Lakonan dalam filem ini bukanlah suatu yang perlu dibanggakan. Pertamanya, watak Damien yang dimainkan Paul Walker agak ralat. Mungkin kerana kita telah biasa melihatnya dalam filem yang bertemakan perlumbaan, jadi melihatnya dalam filem ini yang banyak memfokuskan kepada babak lawan, ia kelihatan tidak sesuai baginya. Tapi sekurang-kurangnya semua babak pemanduan dilakukan olehnya.

 

Tetapi, seperti dalam filem B13, babak parkour yang diperlihatkan oleh watak Lino sememangnya menarik untuk ditonton, namun sesiapa yang telahpun menonton filem B13 mungkin sudah tidak merasa tertakjub dengan gerakan dan lagak ngeri yang dipamerkannya.

brick-mansions-image01

Kesimpulan

Kebaikan

  • Aksi Parkour dan lawan yang menarik

Keburukan

  • Jalan cerita yang biasa sahaja.
  • Watak dimainkan Paul Walker ternyata tidak sesuai baginya.
  • Pengakhiran yang terlalu idealistik.

Filem Brick Mansions ternyata bukanlah filem terbaik untuk memperingati mendiang Paul Walker kerana watak dimainkannya ternyata tidak begitu sesuai dengan sifatnya yang terkenal sebagai pakar memandu. Namun jika anda hanya mahu menonton untuk santai hujung minggu, tidak salah untuk anda menontonnya.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *