Black Widow – Kisah Origin Natasha Romanov [Review]

Black Widow adalah antara filem-filem pertama yang ditayangkan di pawagam setelah ia mula dibuka kepada umum sejak dua minggu lepas. Admin berkesempatan menonton filem ini dan berikut merupakan pendapat admin mengenainya.

Black Widow – Kisah Origin Natasha Romanov [Review]

Filem Black Widow berlangsung selepas kejadian dalam filem Captain America : Civil War di mana Natasha Romanov mendapat berita bahawa “handler” organisasi The Widows yang beliau bunuh sebelum berpaling tadah dan menyertai The Avengers sebenarnya masih hidup.

Beliau kemudiannya bertemu semula dengan adiknya dan merancang untuk membunuh beliau. Apakah beliau akan berjaya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

 

Review

Filem Black Widow sebenarnya bukanlah sebuah filem yang admin tunggu-tunggu sangat. Admin telah mendengar beberapa review negatif mengenai filem ini semasa ia ditayangkan di Amerika beberapa bulan lalu. Namun admin cuba tidak mendalami review tersebut dan mengekalkan minda terbuka semasa menontonnya.

Secara umumnya admin boleh katakan filem ini ternyata menggunakan formula serupa dalam semua filem Marvel Universe. Bukan admin katakan ia sebuah filem tak bagus, tetapi ia boleh dijangka jika anda telah menonton banyak filem Marvel.

Seperti biasa anda boleh harapkan babak aksi yang mendebarkan, lawak jenaka bersahaja dan jalan cerita yang cukup-cukup sahaja untuk menjadikan filem ini suatu filem yang menghiburkan.

Namun, umum sedia maklum bahawa watak Black Widow ini telah mati dalam filem Avengers Endgame, jadi filem ini dilihat lebih kepada satu transisi menggantikan watak Natasha Romanov dengan adiknya Yelena. Tambahan pula babak pasca kredit juga jelan menunjukkan watak Yelena ini akan dibawa ke dalam filem/siri Marvel akan datang.

Barcakap mengenai watak Yelena ini, walaupun ini baru pertama kali kita diperkenalkan kepadanya, beliau berjaya membawa perwatakan yang serious tetapi selamba. Lawak jenaka beliau juga selamba dan agak melucukan terutamanya beliau suka mengajuk Black Widow yang gemar “posing” ketika beraksi.

Pengenalan “keluarga” mereka yang terdiri daripada Red Guardian, Iron Maden, Yelena dan Natasha juga satu sudut yang penting dan juga menjadi tema filem ini. Keluarga mereka nampak serasi dan karenah setiap ahli “keluarga” ini menghiburkan.

Kesimpulannya, filem ini sebuah filem yang menghiburkan dan seperti semua filem dalam MCU, anda perlu tontonnya untuk sekiranya anda mahu menonton filem-filem MCU akan datang kerana ia tentu ada kaitannya. Namun, anda boleh menjangkakan apa yang berlaku dalam filem ini kerana ia menggunakan formula sama dengan semua filem MCU lain. Sejujurnya dari segi ini, admin sudah naik muak. Apa pun, selamat menonton!

Positif vs Negatif

Positif

  • Menghiburkan
  • Aksi mendebarkan
  • Transisi yang baik dari watak Natasha kepada Yelena

Negatif

  • Menggunakan formula filem MCU yang boleh dijangka dan mula membosankan
  • Jalan cerita yang tidak begitu menarik

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 8/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set/sinematografi – 7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *