Jungle Cruise – Pengembaraan yang Menghiburkan [Review]

Filem Jungle Cruise dahulunya dijadualkan untuk ditayangkan tahun lepas, namun kerana masalah COV1D ia ditangguhkan hingga kini. Ia telah mula ditayangkan di Malaysia minggu lepas dan admin sempat menontonnya di pawangam baru-baru ini.

Jungle Cruise – Pengembaraan yang Menghiburkan [Review]

Jungle Cruise mengisahkan Dr Lily Houghton, seorang pakar botani, serta adiknya McGregor merancang untuk ke hutan hujan Brazil untuk mengejar legenda Lágrimas de Cristal atau Tears of the Moon dimana pada tahun 1500an, seorang bernama Don Aguirre mengetuai sepasukan Conquistador untuk mencari pokok Tears of the Moon yang dipercayai bunganya boleh menyembuhkan semua penyakit dan memanjangkan hayat manusia.

Dalam ekspidisi itu sebahagian besar pasukannya mati di hutan belantara atas pelbagai perkara. Namun, ketua kampung orang asli di situ telah menyelamatkan mereka yang tinggal dengan menggunakan bunga dari pokok tersebut. Namun setelah ketua kampung itu enggan memberitahu lokasi pokok tersebut, Don Aguirre telah menikamnya dan membakar kampung itu. Ketua kampung itu menyumpah pasukan Conquistador untuk hidup selamanya, tetapi tidak boleh pergi jauh dari sungai Amazon.

Oleh kerana Dr Lily merupakan seorang perempuan, beliau tidak disokong secara kewangan oleh persatuan sains untuk menjalankan ekspidisi untuk mencari pokok itu. Namun setelah adegan curi mencuri, beliau dan McGregor pergi ke Brazil untuk mencari pokok tersebut. Beliau mengupah seorang pemilik bot bernama Frank Wolff untuk membawa mereka ke tempat yang dipercayai pokok itu berada. Apakah akan terjadi seterusnya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sebenarnya “Jungle Cruise” ini adalah salah satu tarikan pelancong di Disneyworld di Amerika dan ia dijadikan sebuah filem. Sebab itulah dalam filem ini, kita akan melihat skipper Frank Wolff bekerja sebagai pemandu pelancong kepada Jungle Cruise itu. Kalau anda nak tau tarikan pelancong itu macam mana, tontonlah filem ini kerana ia akan menunjukkannya dalam babak pengenalan kepada Frank Wolff.

Berbalik kepada review, filem ini secara keseluruhan tidak syak lagi merupakan sebuah filem adventure Disney. Ia memiliki ciri-ciri tipikal sebuah filem adventure Disney iaitu pasangan watak utama yang memang serasi, aksi yang menghiburkan serta lucu dan juga skor muzik yang terbaik mengiringi babak-babak aksi yang menghiburkan. Memang admin jamin anda pasti terhibur menonton filem ini.

Dari segi jalan cerita, ia pada tahap diharapkan dari sebuah filem Disney, dengan misteri, tipu helah, aksi dan lawak jenaka yang bersahaja serta putaran plot dipenghujungnya. Cuma filem ini agak keliru dari segi siapakah watak jahatnya yang sebenar kerana ada dua golongan yang menjadi watak jahat. Don Aguirre serta pasukannya yang disumpah, dan Prince Joachim, putra kerajaan Jerman (pada masa itu sekitar tahun 1914 Jerman masih sebuah monarki). Kedua-dua golangan ini berkongsi status watak jahat, sedangkan mereka dua golongan berbeza. Prince Joachim dilihat sedikit lebih dominan sebagai watak jahat tetapi tidak banyak.

Mengenai watak Frank dan Lily, watak mereka memang sangat sangat serasi dan menghiburkan. Ia seolah kedua watak dan pelakon yang memainkan watak tersebut telah lama bekerjasama. Admin tidak dapat bayangkan orang lain memainkan watak-watak tersebut.

Kesimpulannya filem ini sesuai untuk semua umur dan lapisan masyarakat, terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa. Tapi untuk golongan dewasa yang meminati filem aksi hardcore seperti Fast and Furious, Mission Impossible dan sebagainya mungkin kurang berminat.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita, watak-watak dan skor muzik bekerjasama untuk menjadikan ia sebuah filem yang menghiburkan
  • Keserasian antara watak utama memang ketara.

Negatif

  • Watak jahat yang dikongsi antara dua golongan menjadikan kedua-duanya kurang menonjol…atau tidak cukup menonjol

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

 

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *