The Suicide Squad – Reboot Yang Tak Menjadi? [Review]

Umum mengetahui filem Suicide Squad pertama arahan David Ayer yang ditayangkan pada tahun 2016 merupakan sebuah filem gagal. Admin juga hampir tertidur menonton filem tersebut di pawagam ketika itu. Kini filem The Suicide Squad (tambahan “the” di situ) arahan James Gunn telah ditayangkan dan admin ingin tahu samada ia berjaya atau tidak untuk memperbaiki kesilapan dalam Suicide Squan arahan David Ayer.

the suicide squad

The Suicide Squad – Reboot Yang Tak Menjadi? [Review]

Dalam filem reboot The Suicide Squad ini, sekumpulan supervillan telah dipaksa untuk menjalankan satu misi untuk menumbangkan pemimpin sebuah negara fiksyen bernama Corto Maltese yang telah merampas kuasa dari kerajaan yang disokong kerajaan Amerika. Negara tersebut telah menjalankan eksperimen rahsia ke atas satu makhluk asing diketuai Doctor Fitzgibbon dan The Suicide Squad ditugaskan untuk memusnahkan pusat eksperimentasi itu.

Adakah mereka akan berjaya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

the suicide squad

Review

Sebelum filem The Suicide Squad ditayangkan admin ada juga menonton preview-preview filem ini di Youtube dan ia kelihatan telah di”hype” dengan banyak. Namun, selepas ia ditayangkan di Amerika, ia mendapat review yang berbelah bagi dan setelah seminggu lebih, seolah-olah tiada apa-apa berita mengenainya yang melalui suapan media sosial admin. Tidak lama kemudian, ia mula ditayangkan di Malaysia.

Pandangan pertama mengenai filem ini ialah ia tidak membuang masa dan terus kepada babak aksi. Tetapi 15 minit pertama sebenarnya digunakan untuk “menipu” penonton kepada jalan cerita sebenar. Ia sememangnya satu putaran plot yang kreatif. Namun, perkara yang sama tidak dapat dikatakan untuk baki filem tersebut.

Secara umumnya, ia lebih baik berbanding filem arahan David Ayer, namun tidak begitu jauh berbeza.

the suicide squad

Admin Suka

Apa yang admin suka mengenai filem ini adalah lakonan watak-watak utamanya, Idris Elba, John Cena, Margot Robbie dan supervillan yang lain. Mereka sentiasa “in-character” sepanjang filem ini dan lawak jenaka antara mereka memang sejujurnya kelakar, walaupun ada juga lawak mereka yang tidak menjadi. Babak aksi dan berlawan juga boleh tahan hebatnya juga, serta CGI yang diguna pakai juga bermutu.

Admin Tak Suka

Namun apa yang admin tidak gemar ialah jalan ceritanya yang agak kelam kabut. Maksud admin, jalan ceritanya ada struktur, cuma pengolahannya agak tergesa-gesa dan kelam kabut menyebabkan penonton kepeningan sedikit. Satu lagi perkara yang admin tidak suka adalah blood and gore dalam filem ini. Admin telah menonton banyak filem ganas sepanjang kehidupan admin, namun filem ini bukan setakat ganas, tetapi watak-wataknya meremeh-remehkan keganasan dan kematian, terutamanya babak di kem pemberontak. Seolah-olah ia mempromosikan keganasan dan pembunuhan, serta nyawa manusia tidak berharga.

the suicide squad

Admin tak kisah sangat jika ada keganasan seperti dalam babak pantai Normandy dalam filem Saving Private Ryan kerana blood and gore dalam filem tersebut menggambarkan realiti perang dunia kedua. Tetapi babak ganas yang diremehkan dalam The Suicide Squad ini agak disturbing kerana ia tiada sebab dan justifikasi untuk memaparkan keganasan pada tahap tersebut.

Secara keseluruhan, admin kecewa dengan filem ini kerana walaupun filem ini ada jalan cerita, namun pengolahannya menyebabkan ia nampak seperti pengarah tidak pandai menceritakan ceritanya dengan baik. Ia agak kelam kabut dan tak menentu. Admin terlalu kecewa sehingga admin menjadi malas untuk menonton babak pasca kredit. Namun admin pelik juga kerana ramai juga yang memberi reaksi positif kepada filem ini. Oleh itu, tontonlah filem ini untuk membina pendapat sendiri mengenai filem ini.

the suicide squad

Positif vs Negatif

Positif

  • Watak-watak yang berkarisma
  • Lawak jenaka yang lucu

Negatif

  • Pengolahan jalan cerita yang kelam kabut
  • Blood and gore yang keterlaluan yang menormalisasi keganasan.

the suicide squad

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *