Siri Netflix kegemaran ramai, Money Heist telah kembali untuk bahagian terakhir, bahagian 5 baru-baru ini. Admin telah lama menunggu bahagian ke lima untuk ditayangkan, jadi tidak mengejutkan admin berjaya menonton kesemua 5 episod dalam masa 2 hari. Rupa-rupanya ia hanya menyiarkan 5 episod manakala episod lain akan disiarkan pada bulan Disember nanti.
Money Heist Part 5 – Lebih Gempak dan Berdrama [Review]
Money Heist Part 5 menyambung kisah musim 5 di mana para perompak kegemaran ramai ini sedang merompak emas di Royal Mint of Spain. Setelah melepaskan diri dari polis, Lisbon telah menyertai pasukannya itu menggunakan helikopter. Sementara itu, pusat kawalan rahsia Professor telah ditemui oleh Alicia Sierra, bekas anggota polis yang bertanggungjawab untuk menangkap pasukan perompak itu tetapi kini sedang diburu polis.
Apakah perkembangan terbaharu mereka? Tontonlah siri ini di Netflix.
Review
Bahagian kelima Money Heist ini menampilkan beberapa kelainan dari siri-siri sebelumnya. Paling ketara sekali adalah ia menampilkan lebih banyak babak aksi tembak menembak antara pelbagai pihak yang terlibat. Ini semestinya akan menggembirakan peminat filem aksi, namun sesetengah babak tembak menembaknya terlalu lama dan secara logik sepatutnya ia membawa kepada kehabisan peluru. Tetapi ia tidak berlaku. Sejajar dengan penambahan babak aksi, babak-babak helah dan perancangan di pihak professor dikurangkan dan mungkin sedikit sebanyak mengecewakan sebahagian penonton Money Heist.
Ia juga menyingkap semula kisah-kisah lama dan menceritakan latarbelakang beberapa watak secara lebih mendalam. Terdapat satu kisah mengenai Berlin dan anaknya, namun admin belum betul-betul faham mengapa kisah itu dimasukkan dalam bahagian kelima Money Heist ini. Mungkin sebabnya akan didedahkan dalam separuh kedua siri Netflix ini. Penambahan beberapa karakter dan pengunduran beberapa karakter juga akan diperlihatkan dalam siri ini. Manakalah ia episod 5 akan berakhir dengan satu drama yang bakal mengejutkan penonton.
Secara keseluruhannya tema bahagian kelima lebih menumpukan kepada aksi dan menceritakan latarbelakang watak-wataknya dalam usahanya untuk menamatkan siri ini pada musim ini. Sambungan bahagian 5 Money Heist akan kembali disiarkan sekitar Disember nanti. Tak sabar admin menontonnya nanti.
Positif vs Negatif
Positif
- Lebih banyak aksi dan drama
- Putaran plot yang menghiburkan
- Drama yang berkesan
Negatif
- Babak aksi kadang kala terlalu panjang
- Babak-babak yang menunjukan helah pihak perompak dikurangkan
Penilaian
Jalan cerita – 8/10
Lakonan/Rekaan watak-watak –9/10
Nilai hiburan – 8/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set/sinematografi – 8/10