Kate – Filem Aksi Bertema Jepun yang Klise [Review]

Filem Netflix Kate merupakan sebuah filem Netflix yang muncul secara tiba-tiba dan sebagai peminat filem aksi, admin pun segera menonton filem ini. BErikut merupakan pendapat admin mengenainya.

Kate – Filem Aksi Bertema Jepun yang Klise [Review]

Kate merupakan seorang pembunuh upahan yang beroperasi di Jepun. Setelah satu tugasan yang melanggar protokol, beliau bercadang untuk bersara selepas tugasannya yang terakhir. Namun beliau telah diracun dan ada 24 jam sahaja untuk hidup.

Beliau menggunakan masa itu untuk mencari orang yang cuba membunuhnya dan membalas dendam. Apakah beliau akan berjaya? Tonton filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sebenarnya dari awal lagi filem ini kelihatan lain macam bagi admin. Seperti filem Kill Bill, ia menampilkan klise-klise dan salah tanggapan orang barat mengenai budaya Jepun. Malah terdapat ramai penonton dari Jepun yang komen bahawa bukan sahaja ia tidak menunjukkan budaya Jepun yang sebenar, malah bahasa Jepun yang digunakan dalam dialog juga tidak digunakan dalam perbualan harian biasa orang Jepun. Mungkin ia menggunakan lenggok bahasa Jepun yang sama digunakan dalam anime dan manga.

Berbalik kepada review, penampilan dan mood filem Kate ini banyak mengambil inspirasi dari filem cyberpunk seperti Blade Runner. Banner-banner iklan dalam lampu neon memberikan penampilan tersebut. Jalan ceritanya pula sangat klise di kalangan filem-filem pembunuh upahan. Seperti juga filem Korea “Deliver us from Evil” di mana pembunuh upahan itu mengambil tugasan terakhir sebelum bersara, dalam filem ini juga, Kate mengambil keputusan untuk bersara selepas tugasan terakhir. Seperti dijangka, semuanya kecundang di tugasan terakhir.

Apa yang berlaku seterusnya adalah beberapa siri babak aksi yang agak ganas dan satu putaran plot sebelum babak “final boss”. Filem ini sememangnya memfokuskan kepada aksi tembak-menembak dan berlawan. Namun, skill berlawan Kate (Elisebeth Winstead) kurang meyakinkan, tetapi untuk orang barat, OK sahaja.

Jalan ceritanya pula agak klise dan mudah dijangka. Banyak template filem aksi sebegini telah digunakan dalam pelbagai filem Holywood sebelum ini. Cuma filem ini berlatarbelakangkan Jepun.

Admin menonton filem ini dua kali, pertama berseorangan dan kedua dengan rakan. Admin dapati apabila menonton berseorangan, admin lebih menilai filem ini dari segi pengkritik filem. Tetapi apa bila menonton dengan rakan, ia lebih kepada santai. Admin dapati filem ini lebih sesuai ditonton secara santai dengan rakan dengan niat hanya untuk suka-suka tanpa memberi penilaian tegas. Pendek kata ia filem yang lebih baik dinikmati secara bersantai.

KATE (2021),Mary Elizabeth Winstead (“Kate”)

Positif vs Negatif

Positif

  • Tidak lokek dari segi babak aksi
  • Jalan cerita yang mudah difahami
  • Sesuai untuk mereka yang hanya ingin bersantai

Negatif

  • Tema filem yang sangat klise tentang budaya Jepun
  • Jalan cerita yang sangat mudah dijangka
  • Skil berlawan Kate kurang memberangsangkan berbanding jika wataknya orang Asia.

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *