Alien Earth merupakan siri TV pertama dikeluarkan dalam francais Alien dan admin telah lama menunggu penayangan siri ini. Walaupun siri ini belum habis menyangkan semua episodnya, admin, sedikit sebanyak boleh memberi pendapat samada anda patut tonton atau tidak siri ini.
Alien Earth [Review]
Siri Alien Earth berlangsung pada tahun 2120 mengisahkan sebuah kapal angkasa bernama USCSS Maginot yang membawa spesimin makhluk asing yang ditangkap di planet asing, terhempas ke bumi, sekali gus membebaskan makhluk-makluk asing dari sangkar mereka.
Wendy dan rakan-rakannya merupakan kanak-kanak yang mana kesedaran mereka dipindahkan ke badan sintetik disebabkan penyakit kronik. Proses ini dijalankan oleh syarikat Prodigy Corporation. Wendy dan rakan-rakannya dihantar untuk menyiasat kapal angkasa tersebut.
Di samping itu, syarikat Weyland-Yutani, pemilik kapal angkasa tersebut berusaha mendapatkan kembali akhluk-makhluk asing dalam kapal angkasa tersebut yang terhempas dalam kawasan takluk syarikat Prodigy Corporation. Bagimanakah persaingan ini akan berakhir? Tontonlah siri Alien Earth di Disney+ Hotstar.
Review
Sejujurnya dua episod pertama siri Alien Earth agak mengecewakan. Ia banyak memfokuskan kepada pengenalan Wendy, rakan-rakannya serta syarikat Prodigy Corporation. Memandangkan watak-watak yang diketengahkan dalam episod pertama dan kedua ini kebanyakannya adalah watak kanak-kanak yang dipindahkan ke badang sintetik, watak-watak ini kelihatan canggung dan pelik kerana dialognya memang kedengaran kebudak-budakan, sedangkan badan sintetik mereka memperlihatkan mereka orang dewasa. Ini memberi persepsi yang kurang baik terhadap mutu dialog dan lakonan, setidak-tidaknya pada pandangan admin.
Walaubagaimanapun, episod-episod berikutnya adalah lebih baik kerana ia lebih memfokuskan kepada watak-watak “dewasa” lain serta makhluk-makhluk yang diperolehi dari kapal angkasa. Ia juga memperkenalkan pesaingan antara syarikat Prodigy Corporation dengan Weyland Yutani.
Tumpuan harus diberi kepada episod 5 di mana ia mencerikan kembali bagaimana kapal angkasa tersebut boleh terhempas. Episod in betul-betul mengingatkan kembali kepada filem Alien asal dan ia betul-betul mengikut rekaan set, feel dan lakonan seperti dalam filem asal itu. Ia menjadi!
Setakat ini, admin telah menonton sehingga episod 6 dan secara keseluruhan admin masih berasa siri ini kekurangan dari segi lakonan yang kurang memberangsangkan, plot yang boleh dijangka dan aksi yang kurang mencemaskan. Tambahan pula, siri ini dilihat lebih mensasarkan peminat filem asal tetapi cuba terlalu kuat untuk menonjol kepada Gen Z yang mungkin tidak berapa kenal franchais Alien ini.