Sesuatu yang tidak dijangka, Jackie Chan membintangi filem aksi polis terbaru, Police Story (2013) yang merupakan pembikinan semula siri filem Police Story yang popular pada era 90an. Sebenarnya filem ini telahpun dibikin semula di bawah filem New Police Story yang membawa watak-watak yang lebih mudah.
Police Story (2013) [Trailer]
Jackie Chan kembali lagi dengan pembikinan semula siri filem aksi polis, Police Story (2013). Berlainan daripada siri-siri Police Story sebelumnya yang dibikin di Hong Kong, kisah dalam filem ini berlangsung di tanah besar negeri China. Filem ini diarahkan oleh Shen Ding, pengarah filem Little Big Soldier yang tidak kurang hebatnya.
Tidak banyak diketahui tentang jalan ceritanya dan trailer ini tidak mempunyai sarikata bahasa Inggeris atau bahasa Melayu, namun ia akan ditayangkan di China mulai 19 Disember di Singapura. Untuk pengetahuan anda, Jackie Chan sudah berumur 59 tahun, namun mampu lagi membikin filem aksi sehebat ini. Fikir-fikirkan.