Satu trailer baru telah diterbitkan untuk filem Tom Cruise akan datang, Edge of Tomorrow. Trailer kali ini menunjukkan lebih banyak mengenai pengalaman yang dilalui watak Tom Cruise.
Edge Of Tomorrow [Trailer]
Edge of Tomorrow adalah sebuah filem aksi epik yang mengisahkan bumi pada masa hadapan yang diserang makhluk asing yang tidak dapat dikalahkan oleh sebarang tentera dari bumi. Lt. Col. Bill Cage (Tom Cruise) yang merupakan seorang pegawai tertera yang tidak pernah turun padang dalam peperangan dan beliau dihantar untuk misi berani mati untuk menyerang makhluk asing. Dalam masa beberapa minit sahaja, batalion tentera mereka telah dihapuskan.
Selepas mati, beliau mendapati dirinya terperangkap dalam gelungan masa di mana beliau kembali ke masa sebelum serangan dan sekali lagi serangan berulang. Perkara ini berulang-ulang setiap kali di mati dalam serangan itu.
Seorang anggota khas, Rita Vrataski yang juga mengalami perkara sama melatih beliau demi memenangi peperangan menentang makhluk asing dan selepas setiap serangan beliau semakin hampir kepada kejayaan.
Filem ini akan ditayangkan mulai 6 Jun 2014.