Trailer terbaru Jupiter Ascending telah diterbitkan dan ia memaparkan lebih banyak aksi dan plot filem tersebut.

Jupiter Ascending [Trailer]
Filem Jupiter Ascending lakonan Channing Tatum dan Mila Kunis adalah filem sci-fi epik pengembaraan mengisahkan Jupiter Jones (Mila Kunis) yang dilahirkan di bawah langit malam dengan petanda bahawa dia ditakdirkan melakukan perkara yang hebat.
Setelah dewasa, realitinya berbeza, dimana dia berkerja membersihkan rumah orang lain dan nasib malang yang seolah tidak henti-henti. Hanya dengan ketibaan Caine (Tatum), seorang bekas penjejak tentera yang diubahsuai genetik yang telah menjejaknya ke bumi, beliau menyedari nasib yang bakal beliau tempuhi.
Tanda genetiknya menandakan beliau bakal mewarisi sesuatu yang luarbiasa yang akan mengubah keseimbangan cosmos.
Filem ini bakal ditayangkan pada pertengahan Julai ini.






