[Review]The Day of The Jackal

The Day of The Jackal merupakan sebuah thriller British mengisahkan seorang pembunuh upahan yang menamakan dirinya the Jackal yang sangat handal dalam bukan sahaja menembak sasarannya dari jarak yang sangat jauh, malah boleh menyamar bagi mengelakkan ditangkap. Siri 10 episod ini mengisahkan misi-misi the Jackal dan usaha pegawai MI-5 yang ditugaskan untuk menangkapnya.

The Day of The Jackal

[Review]The Day of The Jackal

Pembikin filem British memang terkenal dengan thriller jenayah mereka yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk menontonnya. Siri ini tidak terkecuali, namun ia ditambah dengan elemen cinta dan aksi yang mendebarkan.

Perkara paling menarik mengenai siri ini ialah struktur penceritaannya yang berperingkat yang mengikuti perkembangan penyiasatan pegawai MI-5 bernama Bianca. Beliau tidak mengetahui identiti pembunuh itu sehingga ke episod-episod penghujung siri ini dan satu per satu butiran itu didedahkan melalui penyiasatan Bianca.

The Day of The Jackal

Inilah menjadikan siri ni sangat menarik dan penonton akan sentiasa ternanti-nanti untuk menonton episod berikutnya. Ditambah pula dengan aksi kejar mengejar dengan kereta yang mendebarkan serta tipu daya menyamar yang bijak, siri ini sememangnya akan membuatkan penonton tidak bosan.

Satu lagi aspek yang menarik mengenai siri ini ialah penceritaan kisah silam the Jackal dan bagaimana beliau masuk ke bidang pembunuh upahan ini. pendedahan kisah silam ini selari dengan perkembangan penyiasatan Bianca dan ini sekaligus memberikan pemahaman kepada penonton mengenai latarbelakangnya.

Secara keseluruhannya, siri ini mendebarkan sehingga ke penghujungnya dan kami rasakan tidak mustahil akan terdapat lebih banyak lagi musim dalam siri TV ini.

Penilaian: 9/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *