The Gorge mengisahkan dua orang askar upahan, Levi Kane dari AS dan Drasa dari Lithuania yang masing-masing ditugaskan untuk mengawal tebing bertentangan sebuah gaung misteri. Levi mengawal tebing pihak barat dan Drasa mengawal tebing pihak “Soviet”. Mereka diarahkan memusnahkan apa jua makhluk yang cuba keluar dari gaung tersebut dan tidak membenarkan mereka melepasi gaung tersebut.

Konflik bermula apabila Levi terjatuh ke dalam gaung tersebut dan Drasa mengikutinya dalam usaha menyelamatkan Levi. Apakah kesudahannya? Tontonlah filem ini di Apple TV+ untuk mengetahuinya.

[Review] The Gorge
Jika anda biasa menonton filem terbitan Apple TV+, anda mungkin sudah sedia maklum bahawa filem-filem mereka sedikit “berbeza” dari saluran pentriman yang lain di mana filem-filem mereka kurang “mainstream” dan lebih disasarkan kepada satu golongan tertentu penonton Amerika. Namun, filem The Gorge in merupakan salah satu daripada beberapa filem mereka yang agak mainstream dan boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Pada awalnya filem ini kelihatan seperti sebuah filem romantik, dan sememangnya ia merupakan filem romantik pada asasnya, tetapi berlatarbelakangkan jalan cerita sci-fi, aksi adventure. Dari segi plotnya, ia agak unik sedikit pada awalnya dan penonton dibiarkan tertanya-tanya mengenai apakah misteri di sebalik gaung yang para protagonis kawal itu.

Namun, semakin jalan ceritanya didedahkan, ia kelihatan tidak lari dari formula tipikal filem sci-fi Holywood. Sungguhpun demikian, aksi mendebarkan yang ditampilkan serta misteri yang perlu dirungkaikan menjadikan filem The Gorge satu filem yang mampu mengekalkan fokus penonton sehingga ke akhirnya.

Filem ini sesuai untuk penggemar filem aksi scifi adventure yang tak kisah ada elemen cinta dan romantik di dalamnya.
Penilaian: 7/10





