The Raid 2 [Trailer]

Bagi sesiapa yang pernah menonton filem The Raid, tentunya mengetahui filem aksi Indonesia tersebut bukan calang-calang filem. Walaupun plotnya seakan meniru filem Judge Dredd, namun babak-babak aksinya setanding filem Holywood dan jauh sekali filem aksi Malaysia dapat menyainginya.

Kini terdapat sekuel kepada filem itu, iaitu The Raid 2. Plot filem ini dikatakan bermula 2 jam selepas filem pertama berakhir dan Rama, watak utama dalam filem pertama perlu menyamar untuk memasuki gang kongsi gelap dengan tujuan menjatuhkannya.

Filem ini akan ditayangkan tidak lama lagi. Di Amerika, ia akan ditayangkan pada penghujung Mac, namun dijangka ditayangkan lebih awal di Asia Tenggara. Filem ini diarahkan oleh Gareth Evens, seorang pengarah berasal dari England.

IMDB

raid-2-sequel

The Raid 2 [Trailer]

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *