A Most Wanted Man [Trailer]

Adaptasi Anton Corbijn bagi novel psikologi John Le Carre ini mengikuti pengintip Jerman, Gunther Bachmann yang menjejak Issa, yang merupakan pendatang Chechen-Rusia mencurigakan yang melarikan diri ke Hamburg. Ditekan oleh rakan-rakan Jerman dan Amerika untuk menangkap dan menyoal siasat suspek sebagai pengganas Muslim, Bachmann sebaliknya meminta lebih banyak masa untuk memantau pergerakan Issa dan hubungannya dengan peguam imigresen Jermannya, Annabel Richter.

A Most Wanted Man

Menggunakan sumber-sumber rahsia dan kemahirannya, Bachmann mendedahkan hubungan antara seorang dermawan Islam yang terkenal di dunia dengan kumpulan pengganas dan Bachmann merangka rancangan untuk menggunakan Issa dan Annabel dalam satu muslihat bijak untuk mendedahkan skim tersebut.

Filem ini telah pun ditayangkan di US dan UK, namun belum dapat ditentukan samada ia akan masuk ke pawagam di Malaysia.

IMDB

A Most Wanted Man [Trailer]

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *