Trash [Trailer]

Trash merupakan sebuah filem Brazil mengisahkan dua orang kanak-kanak yang bekerja di tapak pelupusan sampah di Rio telah terjumpa satu dompet di bawah timbunan sampah sarap. Tanpa disedari mereka, ia bakal mengubah hidup mereka selama-lamanya.

Apabila polis muncul menawarkan ganjaran tinggi untuk dompet itu, dua sahabat itu, Rafael dan Gardo mula menyedari dompet tersebut mempunyai nilai yang tinggi.

Dengan bantuan kawan mereka, Rato, ketiga-tiga kanak-kanak itu menjalani pengembaraan untuk menyimpan dompet tersebut sambil menyiasat rahsia disebaliknya.

Filem ini akan ditayangkan 30 Januari 2015 di UK, tetapi tidak dapat dipastikan samada ia akan ditayangkan di Malaysia atau tidak.

IMDB

trash_4-620x324

Trash [Trailer]

, ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *