The Imitation Game mengisahkan seorang pakar matematik, logik, kriptologi dan pakar komputer bernama Alan Turing yang mengetuai usaha untuk memecahkan kod Enigma Jerman yang membolehkan pihak bersekutu memenangi Perang dunia kedua.
Belau meneruskan usahanya selepas perang dengan kerjasama University of Manchester untuk membangunkan teknologi komputer. Namun beliau telah ditangkap dan didakwa oleh kerajaan UK kerana melakukan perbuatan homoseksual pada tahun 1952.
Filem ini akan ditayangkan pada pertengahan November.