Filem Boyhood merupakan satu filem yang unik dan berkemungkinan besar tiada filem sepertinya akan dibikin selepas ini. Ia merupakan kisah drama mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang menjalani hidupnya bersama keluarga. Filem ini bermula semasa beliau berumur 5 tahun hingga beliau berumur 18 tahun.

Paling menarik mengenai filem ini ialah ia dibintangi pelakon yang sama sejak watak utama itu berusia 6 tahun hingga 18 tahun. Ia mengambil masa 12 tahun untuk dibikin. Itulah yang dipanggil komitmen kepada mutu filem.
Ia akan ditayangkan mulai 11 Julai di Amerika, namun tidak pasti samada ia akan disiarkan di Malaysia atau tidak.






