[Review] Tales From the Loop – Siri Kisah-Kisah Yang Membuka Imiginasi

Salah satu siri TV yang agak hype baru-baru ini adalah siri Tales from the Loop yang bersiaran di perkhidmatan penstriman Amazon Prime. Ia sebuah siri TV yang unik yang di bikin berdasarkan karya seni pelukis Sweden, Simon Stålenhag. Beliau telah menghasilkan karya yang menggabungkan tema kanak-kanak dan Sci-fi, yang biasanya menghasilkan hasil  yang menyerupai lanskap Sweden yang mempunyai unsur-unsur neo-futuristik. Jika anda melihat karyanya, anda akan memahami apa maksud admin. Admin telah menonton keseluruhan musim pertama siri ini dan berikut pendapat admin mengenainya.

Tales From the Loop

[Review] Tales From the Loop – Siri Kisah-Kisah Yang Membuka Imiginasi

Tales From the Loop merupakan koleksi kisah yang berlaku di sebuah bandar kecil di Amerika yang mana aktiviti utama penduduknya berkisah di sebuah pusat penyelidikan yang digelar “The Loop”. Bertemakan zaman 80an dengan penyerapan unsur neo-futuristik, Ia terdiri dari 8 episod yang mempunyai kisah berbeza, tetapi berkaitan antara satu dengan lain kerana watak-wataknya semuanya mengenali sesama mereka.

Sepanjang keberadaan pusat “The Loop” banyak hasil penyelidikan telah dicipta, namun mungkin kerana kurangnya pengawalan, banyak ciptaan itu di buang merata di kawasan bandar tersebut. Setiap episod mengisahkan satu ciptaan yang telah dijumpai dan diterokai penduduk dan kesannya kepada kehidupan mereka. Siri ini, walaupun bertemakan sci-fi, tetapi ia lebih menumpukan kepada hubungan sesama insan dalam kisah-kisahnya. Teknologi itu hanyalah perantara atau berada di latarbelakang.

Untuk mendalami kisah-kisahnya, tontonlah siri ini di Amazon Prime.

Tales From the Loop

Review

Pertama sekali, rekaan konsep atau artwork dalam siri ini sememangnya suatu yang unik. Rekaan teknologi sci-fi yang diserasikan dengan rekaan 80-an sememangnya menjadi dan admin sendiri sangat tertawan. Begitulah siri ini yang admin rasakan akan menonjol kepada golongan yang membesar di zaman 80-an dan 90-an di mana permainan video masih belum begitu popular dan kanak-kanak suka pergi mengembara ke kawasan sekeliling rumah. Admin juga membesar dengan sekali-sekala mengembara dengan kawan-kawan ke tempat memancing ikan atau kawasan hutan sekunder kerana suka-suka. Kebanyakan episod dalam siri ini berdasarkan pengalaman penerokaan.

Namun siri ini bukan untuk semua. Episod-episodnya dibentangkan dengan kadar yang perlahan, untuk memberi peluang kepada penonton menghayati jalan cerita dan persekitaran yang menyelubungi kisah tersebut. Bagi mereka yang sabar, tentu akan berasa puas dengan penceritaan setiap episod dan pengajaran yang dapat diperolehi melaluinya. Tetapi seperti yang admin katakan, ia bukan untuk semua. Admin juga tidak pasti samada filem ini akan menonjol kepada penonton Malaysia atau tidak, Tetapi pada admin, siri ini berjaya menimbulkan rasa nostalgia dan melankoli apabila menotonnya. Terutamanya episod terakhir. Tambahan pula, soundtracknya memang memainkan peranan besar dalam menimbulkan perasaan nostalgia dan melankoli itu. Memang soundtracknya melekat di minda setelah menontonnya.

Secara keseluruhannya, siri ini lebih memerlukan penghayatan penonton. Ia bukan sebuah siri sci-fi mahupun aksi. Admin sememangnya seorang yang boleh menonton rancangan yang memerlukan penghayatan, tetapi tidak semua orang seperti admin. Nasihat admin ialah tonton dahulu episod 1 sebelum meneruskan kepada episode lain.

Tales From the Loop

Positif vs Negatif

Positif

  • Artwork atau rekaan konsep yang terbaik!
  • Kisah-kisah yang mampu mengamit perasaan nostalgia dan melankoli

Negatif

  • Kisahnya diceritakan dengan perlahan
  • Tiada aksi

Tales From the Loop

Kesimpulan

Kesimpulannya siri Tales From the Loop bukan untuk semua, tetapi jika kena pada temanya, anda tentu akan sukakannya. Tetapi admin juga berasa ia lebih menonjol kepada mereka yang membesar dalam zaman 80 dan 90-an berbanding golongan yang lain kerana ia lebih releven dengan mereka. Bermakna ia disasarkan kepada anda yang berumur 30 ke atas dan entah kenapa admin juga berasa ia akan menonjol lebih kepada golongan wanita berbanding lelaki…tetapi mungkin admin silap. Tontonlah siri ini untuk mengetahui jika ia sesuai untuk anda.

Penilaian

Jalan cerita – 8/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –7/10

Nilai hiburan – 6/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *