[Review] La Casa De Papel (Money Heist)

Satu lagi siri TV di Netflix yang mendapat tempat di hati penonton adalah siri TV berbahasa Sepanyol La Casa De Papel atau nama Inggerisnya Money Heist. Siri TV ini sebenarnya telah mula disiarkan pada tahun 2017 dan kini telah memasuki musim ke 4. Admin baru habis menonton musim ke 4 dan secara asasnya musim 1 dan 2 merupakan satu kisah berterusan, manakala musim 3 dan 4 merupakan satu kisah berasingan yang berlaku selepas kisah di musim 1 dan 2. Admin akan mengulas berkenaan musim 1 dan 2 dan berdasarkan ulasan admin, anda boleh menentukan samada anda mahu mula menonton siri ini atau tidak.

Money Heist

[Review] La Casa De Papel (Money Heist)

Money Heist mengisahkan sekumpulan perompak yang diketuai seorang digelar Professor dan dianggotai oleh anggota yang diberi nama-nama bandar seperi Tokyo, Berlin, Helsinki, Oslo dan sebagainya. Mereka merupakan golongan yang mempunyai rekod jenayah dan sudah tidak mempunyai pilihan kerana menghadapi hukuman penjara yang lama jika ditangkap.

Kumpulan ini telah mengambil alih mengalih kilang percetakan wang di Raja Sepanyol dan menjadikan staf dan pelawatnya sebagai tebusan. Anehnya mereka tidak mahukan wang yang berada dalam peti besi bank, malah mereka telah mencampak keluar wang tersebut sebelum menutup pintu kepada kilang tersebut. Apakah tujuan sebenar mereka? Tontonlah siri ini untuk mengetahui kesudahannya.

Money Heist

Review

Pertama sekali, siri Money Heist adalah dalam bahasa Sepanyol dan entah kenapa orang Sepanyol bercakap begitu laju sehinggakan sukar untuk membaca sarikata Inggerisnya. Namun anda boleh memilih untuk menggunakan alih bahasa Inggeris untuk memudahkan anda memahami dialognya. Tetapi admin gemar mendengar bahasa Sepanyol, jadi admin tidak menggunakan alih bahasa.

Secara keseluruhannya, siri ini ditulis dengan peluh teliti dan kebijaksanaan. Sukar mencari kelopongan pada jalan ceritanya. Kishanya diceritakan oleh watak Tokyo melalu narration di latar belakang dan in banyak membantu menceritakan kisah di sebalik siri ini. Siri ini sangat teknikal di mana setiap langkah yang dibuat perompak telah dirancang selama 5 bulan sebelumnya. Setiap butiran dirancang sehingga tindakbalas dari polis juga telah diambil kira. Inilah kekuatan filem ini dan menyebabkan penonton sentiasa tertunggu-tunggu apa langkah seterusnya yang akan dilakukan para perompak dan kemudian tidak sabar menonton episod berikutnya. Sangat suspens.

Jalan ceritanya juga sangat mendalam dan watak-wataknya telah direka dengan begitu teliti sehingga penonton akan merasa “melekat” pada watak-watak perompak dan perjuangan mereka. Pendek kata, anda tidak perlu risau tentang mutu lakonan dan mutu watak-watak yang telah direka dalam siri ini. Semuanya bermutu tinggi.

Cuma, apa yang mungkin admin ingin komen sedikit ialah setelah didedahkan niat mereka, admin merasa perjuangan mereka tidaklah begitu menarik seperti digambarkan. Memang benar teknik dan helah yang digunakan para perompak dilihat sangat bijak dan sukar dijangka, namun admin tidak begitu merasa impak mesej perjuangan mereka. Mungkin sebab admin bukan orang Sepanyol? Anda tontonlah sendiri untuk mencapai kesimpulan anda sendiri.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang tersusun sangat rapi dan mendebarkan
  • Mutu lakonan yang sangat meyakinkan
  • Aksi yang mendebarkan

Negatif

  • Kesan bunyi senjata api yang agak generik dan fake
  • Dasar perjuangan mereka kurang memberi impak kepada admin
  • Admin merasakan terlalu lama untuk sampai ke penamat kisahnya

Kesimpulan

Secara mudahnya kami dengan mudah  merekoman anda menonton siri Money Heist kerana ia sangat menarik dan mendebarkan serta sentiasa membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Namun bagi admin jumlah episodnya terlalu banyak dan admin menjadi tidak sabar untuk mengetahui kesudahan kisah mereka. Jika anda suka siri ini, cuba anda mencari sebuah filem bertajuk “Inside Man” yang disiarkan sekitar tahun 2005/2006. Kisahnya hampir sama dengan siri Money Heist ini, tetapi dalam bentuk filem 2 jam dan lebih memuaskan apabila menonton sehingga ke penghujung.

Penilaian

Jalan cerita – 10/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *