Trailer

Kolumpo [Trailer]

Filem bertemakan Malaysia sememangnya kami lihat sebagai masa depan industri filem Malaysia jika ia mahu mengembangkan sayap ke luar negara. Filem terbaru arahan dan tulisan Bront Palarae, Sheikh Munasar and Rozi adalah sebuah filem Malaysia yang nampak berpotensi menjadi sebuah filem yang baik.

kolumpo

 Kolumpo [Trailer]

Kolumpo merupakan sebuah filem yang menggabungkan 3 kisah berlainan yang mewakili harapan dan impian warga Kuala Lumpur.

Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh bankrup. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL.

Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari.

Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang turut ketinggalan tren terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 5 Disember ini. Maklumat lanjut, layari http://www.facebook.com/Kolumpo2013 .

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top