Tempatan

Vikingdom [Review]

Walaupun filem Vikingdom merupakan filem bahasa Inggeris dan dibintangi pelakon asing, kami mengklasifikasikan ia sebagai filem tempatan kerana dibikin oleh syarikat KRU dari Malaysia. Filem ini menemui pelbagai kritikan di peringkat tempatan dan antarabangsa atas pelbagai tuduhan. Namun, kami telah menonton filem ini dan membuat kesimpulan kami sendiri.

Vikingdom

Vikingdom [Review]

Vikingdom merupakan interpertasi semula kisah lagenda dewa-dewa Viking yang melibatkan Thor ingin menguasai dan memerintah bumi yang rata-rata penduduknya sudah tidak percaya kepada dewa-dewa setelah kedatangan agama Kristian.

Bagi mengalahkan Thor, Eirick Bloodletter dan rakan-rakannya ditugaskan untuk mencari item-item ajaib dan juga sangkakala dari Helheim yang boleh mengalahkan Thor apabila ditiup. Mereka menghadapi pelbagai rintangan dalam mencapai matlamat mereka.

Lakonan

Kami bukan hendak mengutuk filem ini, namun mutu lakonan filem ini sangat teruk, melainkan watak utama yang dimainkan Dominic Purecell. Mutu lakonan pelakon lain hanya di tahap amatur. Props yang digunakan juga nampak ketara murahan, walaupun cuba diselindung menggunakan CGI yang juga kurang memberangsangkan.

Mutu skripnya juga amat menghampakan di mana jelas sekali ia ditulis oleh seorang yang tidak bercakap bahasa Inggeris sebagai bahasa ibundanya. Walaupun tiada kesalah dalam tatabahasa, namun lenggok bahasanya sangat kaku daripada apa yang biasanya diharapkan daripada filem epik.

Babak lawannya juga agak lengang di mana peperangan besar yang dilalui mereka hanya disertai oleh tidak sampai 100 orang dan tidak kelihatan begitu epik walaupun cuba menggunakan CGI untuk menganimasi darah.

Conan-Stevens-in-Vikingdom-2013-Movie-Image-2

Jalan Cerita

Walaupun ramai yang mengkritik jalan cerita yang meletakkan Thor sebagai watak jahat, kami berasa jalan ceritanya tidaklah begitu teruk, malah jika diberikan kepada pengarah dan penulis skrip yang lebih baik, pasti filem ini akan menjadi lebih baik.

Jalan ceritanya, walaupun agak biasa, ia juga mempunyai putar belit yang tidak disangka seperti pada penghujung filem ini di mana watak yang disangka baik, rupa-rupanya jahat dan watak yang disangka jahat sebenarnya baik.

Kesimpulan

Nampaknya Yusri dan warga produksi KRU Studios perlu melihat kembali filem yang ingin mereka bikin. Kami berpendapat mereka terlalu menumpukan kepada aspek visual dan CGI sehingga mengabaikan mutu lakonan, jalan cerita dan mutu skrip. Kami berasa, filem dengan jalan cerita dan skrip yang mantap adalah lebih baik daripada filem dengan CGI berharga berjuta-juta ringgit.

Apa pun, diharap KRU Studios mengambil kritikan dengan positif dan memperbaiki kelemahannya.

IMDB

LAKONAN                 5/10
AKSI                            5/10
PRODUKSI                 5/10
KESELURUHAN     5/10

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top