Drama TV

The Returned (U.S) [Review]

The Returned merupakan sebuah drama TV yang berkonsepkan fenomena luar biasa yang berlaku di sebuah pekan kecil di mana individu yang telah mati kembali pulang ke pangkuan keluarga dan rakan-rakan mereka.

Drama TV ini merupakan adaptasi daripada drama TV Perancis berjudul Les Revenants di mana ianya pernah disiarkan ke pasaran antarabangsa dengan tajuk yang sama iaitu The Returned pada tahun 2012.

Selain itu, terdapat beberapa drama TV lain yang menggunakan konsep yang sama seperti Resurrection (2014) dan juga The 4400.

The Returned boleh dikategorikan sebagai misteri, fenomena luar biasa, drama dan seram.

Jalan Cerita

Seperti yang saya nyatakan di atas, drama siri adalah adaptasi daripada drama TV Perancis di mana ianya bukanlah idea yang asli. Namun begitu, ianya tidak bermakna drama ini bosan.

Plot cerita menggunakan konsep di mana setiap episod berkisar tentang latar belakang setiap watak yang telah mati. Ia juga menyentuh beberapa watak-watak yang lain tetapi focus tetap kepada tajuk episod tersebut.

Episod 1 bermula dengan watak Camille iaitu salah seorang daripada anak kembar keluarga Winship di mana beliau telah dilaporkan mati dalam tragedi kemalangan bas sekolah. Di awal drama ini memaparkan Camille muncul dari tempat berlakunya kemalangan dan berjalan pulang ke rumah beliau.

the-returned-2

Setiap watak yang telah mati sama sekali tidak mengetahui apa yang terjadi kepada diri mereka di mana ingatan terakhir mereka adalah sebelum tragedi tersebut berlaku. Rupa dan tubuh badan mereka tidak berubah dari masa berlakunya kemalangan.

Sebagai contohnya, Camille masih lagi remaja awal belasan tahun manakala kembarnya yang bernama Lena pula sudah berusia dalam lewat belasan tahun.

The Returned boleh dikatakan agak bijak memainkan memainkan faktor emosi pada permulaan drama ini bagi menarik minat para penonton. Dalam kes keluarga Winship, kematian Camille meninggalkan impak yang besar terhadap keluarga tersebut sehingga menyebabkan berlakunya keretakan rumah tangga dan mengakibatkan Lena diabaikan.

Oleh kerana terdapat pelbagai misteri yang belum terungkai, ianya mampu menarik minat anda bagi terus menonton drama ini sehingga ke penghujungnya.

Lakonan

The Returned dibintangi beberapa pelakon yang agak popular seperti Mark Pellegrino, Mary Elizabeth Winstead dan Sandrine Holt.

Lakonan bagi setiap watak-watak utama boleh dikatakan berjaya meyakinkan para penonton terutamanya elemen kejutan apabila mereka yang masih hidup berjumpa semula dengan watak yang telah mati.

Kredit: celebs-photos.com

Kredit: celebs-photos.com

 

Positif vs Negatif

Positif

  • Terdapat banyak misteri yang belum terungkai di mana ianya akan menarik minat anda untuk terus menonton drama ini.
  • Lakonan yang mantap berjaya meyakinkan para penonton.

Negatif

  • Latar belakang yang sentiasa malap mungkin mampu menyebabkan para penonton berasa tertekan.
  • Suara diedit di dalam studio yang terlalu jelas seolah-olah menonton drama TV berkonsepkan fiksyen sains.

Kesimpulan

Drama TV ini mampu untuk pergi jauh dan menarik minat para penonton asalkan ianya tidak lari dari konsep asal seperti yang berlaku kepada drama TV seperti “Lost”.

Buat masa ini, saya amat mengesyorkan anda menonton drama TV ini jika anda inginkan sesuatu kelainan. Jika ia berjaya mengekalkan konsepnya, saya percaya bahawa The Returned mampu bertahan lama.

Trailer

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top