Drama TV

Pandangan Pertama : American Odyssey [Drama TV]

Kisah teori konspirasi Amerika sememangnya satu topik yang sangat popular dan siri TV American Odyssey merupakan salah satu siri TV thriller penuh aksi dan mendebarkan berlatarbelakangkan topik berkenaan. Ia baru sahaja memulakan musim pertamanya dua minggu lepas dan setelah menonton episod pertama, kami tidak sabar menunggu episod seterusnya.

la-et-st-nbc-american-odyssey-review-20150328

Pandangan Pertama : American Odyssey [Drama TV]

American Odyssey mengisahkan sekumpulan tentera pasukan khas yang berjaya menawan sebuah kubu tentera Al-Qaeda di Mali, Afrika utara dan mendapat maklumat perisikan rahsia yang membuktikan sebuah syarikat Amerika menghantar dana kepada Al Qaeda.

iXWAewmySmknrg31pkUcaEYkWYl

Setelah diarahkan oleh pegawai atasan untuk memberikan maklumat itu kepada sekumpulan tentera upahan, kumpulan tentera tersebut telah ditembak dengan peluru berpandu. Hanya seorang sahaja yang selamat, iaitu protagonis, Sarjan Odelle Ballard yang juga sempat membuat salinan maklumat risikan yang dienkripsi itu.

Menyedari nyawanya diancam Odelle melarikan diri. Apabila pihak tentera upahan mengetahui bahawa beliau masih hidup, mereka mula mencari beliau.

maxresdefault (1)

Sementara itu Peter Decker seorang bekas pendakwaraya yang kini bekerja dalam bidang korporat menyiasat sebuah syarikat yang mencurigakan. Syarikat ini merupakan syarikat yang sama didedahkan dalam maklumat rahsia di Mali.

Seorang aktivis bernama Harrison Walters mengetuai tunjuk perasaan anti G8 di luar persidangan tersebut. Beliau ingin mendedahkan kepincangan yang berlaku di dalam kerajaan Amerika.

Daripada episod pertama, kami dapat simpulkan siri TV ini sangat mendebarkan dan sesuai bagi mereka yang gemarkan siri yang berlatarbelakangkan politik, teori konspiras dan ketenteraan. Memandangkan ia baru bermula, memang berbaloi untuk mengikuti siri TV ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top