Drama TV

Better Call Saul [Review]

Bagi mereka yang menonton drama TV Breaking Bad, anda tentu kenal dengan watak Saul Goodman, seorang peguam yang banyak membantu Walter dan Jesse ketika mereka menemui masalah. Better Call Saul merupakan spin off daripada siri TV tersebut dan baru sahaja menamatkan musim pertama yang terdiri daripada 10 episod yang menarik.

o-BETTER-CALL-SAUL-facebook

Better Call Saul [Review]

Better Call Saul mengisahkan tentang zaman kegelapan Saul Goodman sebelum beliau menjadi peguam handalan dalam siri TV Breaking Bad. Beliau pernah ke penjara atas kesalahan penipuan dan selepas keluar beliau bekerja di syarikat guaman abangnya. Di situ beliau mula memasang cita-cita menjadi peguam dan belajar bidang guaman secara jarak jauh dengan sebuah universiti tidak ternama. Di situlah mulanya perjalanan beliau dalam siri TV ini.

better-call-saul-mike-

Jalan Cerita dan Sinematografi

Jika anda telah menonton Breaking Bad anda akan sedar serta-merta bahawa siri Better Call Saul ini mempunyai gaya sinematografi yang sama dengannya. Teknik penceritaan dan pengolahan jalan cerita juga banyak persamaannya dengan Breaking Bad.

Teknik penceritaan yang bijak ditambah dengan jalan cerita yang diolah dengan baik menjadikan siri TV ini satu siri kegemaran kepada peminat-peminat Breaking Bad. Malah tidak salah untuk mengatakan siri ini adalah siri TV wajib tonton bagi peminat siri TV yang bermula pada tahun 2008 dan berakhir tahun 2013 itu.

better-call-saul (1)

Selain jalan cerita yang menarik, banyak watak-watak penting dalam siri Breaking Bad telah ditampilkan dalam siri TV ini. Namun pada ketika itu, watak-watak tersebut tidak mengenali Walter White dan Jesse Pinkman. Later belakang dan sejarah watak-watak ini dikupas satu persatu bagi mendedahkan mengapa personaliti mereka sebegitu rupa. Ini suatu yang mengujakan bagi peminat Breaking Bad yang telah terlebih dahulu mengenali watak-watak tersebut dalam situasi berlainan.

Positif vs Negetif

Positif

  • Jalan cerita dan pengolahan yang terbaik.
  • Watak-watak berkarisma.
  • Sinematografi yang mengimbau sejarah Breakig Bad.

Negetif

  • Mereka yang belum menonton Breaking Bad tidak akan terkesan sangat dengan siri TV ini.

Kesimpulan

Siri TV Better Call Saul menyambung keunggulan siri TV Breaking Bad dan merupakan siri wajib tonton bagi peminat-peminat Breaking Bad. Seperti siri TV itu, bukan sahaja watak-wataknya berkarisma, malah kereta-kereta yang ditampilkan dalam Better Call Saul juga dijangka menjadi ikon baginya, walaupun kereta-keretanya hanya sekadar kereta buruk.

Bagi mereka yang belum menonton Breaking Bad, disyorkan menonton siri itu dahulu sebelum menonton siri TV ini untuk mendapat impak tontonan yang maksimum.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top