Berita

Tayangan Media Eksklusif HyppTV CinemaWorld HD

Semalam, pasukan Wayangkini.com telah mendapat jemputan ke acara tayangan media eksklusif filem “After the Wedding” anjuran HyppTV dan CinemaWorld HD yang meraikan bulan Mac dengan filem pemenang & calon-calon Anugerah dari serata dunia. Tayangan ini diadakan di TGV Indulge di One Utama bermula 11 pagi.

DSC04140

Tayangan Media Eksklusif HyppTV CinemaWorld HD

CinemaWorld HD yang boleh ditonton melalui HyppTV saluran 650 akan meraikan bulan Mac dengan tayangan filem pemenang & calon-calon anugerah dari serata dunia pada pukul 9 malam setiap Sabtu dan Ahad dalam bulan tersebut. Semalam HyppTV telah menjemput pihak media, termasuk kami ke acara tayangan media eksklusif filem After the Wedding, yang merupakan salah satu filem yang akan ditayangkan di CinemaWorld HD pada bulan Mac.

Filem After the Wedding merupakan sebuah filem drama Denmark yang dibintangi Mads Mikkelson (Hannibal) yang mendapat pencalonan Academy Awards bagi kategori filem bahasa asing terbaik pada tahun 2007. Ia mengisahkan seorang penggiat sosial dari Denmark, Jacob, yang menjalankan sebuah rumah anak yatim di India yang hampir kehilangan rumah tersebut akibat kekurangan dana. Seorang dermawan Denmark ingin menyumbangkan dana bagi rumah anak yatim, tetapi dengan syarat Jacob bersemuka dengannya di Denmark. Apa yang disangka pertemuan yang sebentar sahaja, rupa-rupanya menjadi titik perubahan terbesar dalam hidupnya.

Filem ini akan ditayangkan di CinemaWorld HD saluran HyppTV 650 pada 7 Mac 2015 pukul 9 malam. Selain itu terdapat beberapa lagi filem yang akan ditayangkan pada bulan Mac. Fielm tersebut adalah seperti berikut.

  • KAUBOJI (Cowboys) dari Croatia – 21 Mac
  • La Salada dari Argentina – 14 Mac
  • Little One dari Afrika Selatan – 22 Mac
  • My Sweet Pepper Land dari Perancis/Jerman/Kurdistan – 29 Mac
  • Losejas (the Gambler) dari Lithuania/Latvia – 1 Mac
  • Urok (The Lesson) dari Bulgaria – 28 Mac
  • Third Star dari UK – 8 Mac

Untuk maklumat lanjut mengenai filem-filem ini, anda boleh memuatturun profil filem tersebut di bawah :

[wpdm_package id=1318 template=”link-template-default.php”]

[wpdm_package id=1317 template=”link-template-default.php”]

[wpdm_package id=1316 template=”link-template-default.php”]

[wpdm_package id=1315 template=”link-template-default.php”]

[wpdm_package id=1314 template=”link-template-default.php”]

[wpdm_package id=1311 template=”link-template-default.php”]

[wpdm_package id=1312 template=”link-template-default.php”]

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top