Berita

Star Wars VII Bakal Ditayangkan Pada 2015

Sejak Disney mengambil alih semua hak ke atas syarikat Lucas Film pengumuman bagi episod sambungan franchise popular filem Star Wars telah diumumkan dan dijangka akan ditayangkan pada 2015. Perkembangan terbaru menyatakan filem Star Wars VII akan diarah oleh pengarah terkemuka JJ Abrams dan jalan cerita akan ditulis oleh Micheal Arndt.

Star Wars VII

Star Wars VII Bakal Ditayangkan Pada 2015

Setakat ini pelakon dari trilogi asal seperti Carrie Fisher(Princess Leia Organa), Mark Hamill (Luke Skywalker) dan Harison Ford(Han Solo) telah pun mengesahkan yang mereka akan kembali membawa watak yang dimainkan mereka sebelum ini. Memandangkan jarak tempoh waktu yang agak panjang antara episode VI dan VII dan keluarga Skywalker masih berada dalam cerita ini diandaikan cerita ini akan berkisar tentang keluarga Skywalker dan kemungkinan watak-watak baru seperti anak-anak kepada Han Solo dan Princess Leia akan muncul dalam saga terbaru ini. Apa –apa pun kepada semua peminat setia saga ini pastinya akan ternanti-nanti kemunculan saga baru ini dan akhir kata dari saya

“May the force be with you”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top