Berita

Dolby Cinema Bakal Dilancarkan [Berita]

Jenama Dolby memang sinonim dengan sistem bunyi berkualiti tinggi. Tetapi itu bakal berubah hasil pengenalan teknologi Dolby Vision ke dalam pasaran televisyen 4K.

Dolby Cinema-578-80

Dolby Cinema Bakal Dilancarkan

Dengan pengenalan teknologi Dolby Vision, syarikat Dolby bukan sahaja ingin menguasai bidang audio, malah juga bidang video. Teknologi ini membolehkan pemaparan video High Dynamic Range (HDR) yang boleh memaparkan cahaya sepertimana yang boleh dilihat dengan mata kasar. Syarikat itu mendakwa ia akan menghasilkan gambar dengan kontras dan warna yang berkualiti tinggi.

Tetapi, kini syarikat itu melangkah lebih jauh dengan rancangan untuk menggabungkan teknologi Dolby Vision dan teknologi audio Dolby Atmos kedalam satu pengalam wayang yang besar dipanggil Dolby Cinema. Dengan ini, syarikat terebut ingin bersain terus dengan IMAX dalam merebut pasaran pengalaman wayang premium.

Dolby Cinema pertama akan dilancarkan di Belanda dan ia menjanjikan satu pengalaman yang menakjubkan dengan laluan berdinding audio/video dinamik yang memantulkan filem yang bakal ditonton dan rekabentuk dalaman yang minimalistik.

Panggung itu akan dilancarkan sementara dengan pemancar 4K laser sehingga ia boleh dipasangkan dengan pemancar Dolby Vision yang sebenar.

Apa yang tinggal untuk dilakukan adalah meyakinkan pihak pembikin filem untuk menjalankan filem mereka dengan proses pasca produksi Dolby Vision untuk menjadikan filem tersebut serasi dengan format tersebut, sepertimana dilakukan ke atas filem IMAX.

Laman The Hollywood Reporter menjangkakan Disney akan menjadi antara syarikat terawal untuk mengadopsi format ini dengan filem terbaru mereka Star Wars : The Force Awakens dan Tomorrowland.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top