Antarabangsa

X-Men Apocalypse [Review]

Francais X-Men arahan Bryan Singer dilihat semakin hangat dan filem terbaharu dalam francais itu, X-Men Apocalypse ditunggu-tunggu ramai. Berbaloikah penantian para peminat X-Men? Kami sempat menonton filem ini dan penilaian kami menyusul.

X-Men Apocalypse

X-Men Apocalypse [Review]

Filem X-Men Apocalypse mengisahkan Apocalypse, yang merupakan mutan pertama di dunia yang kekal hidup dengan memindahkan “rohnya” ke dalam mutan lain setelah dirinya telah menjadi terlalu tua. Pada zaman firaun di Mesir, beliau dianggap tuhan, tetapi dalam satu upacara pemindahan roh, beliau dikhianati askar beliau, menyebabkan beliau tertanam dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga tahun 1984.

Di sinilah beliau mengatur langkah untuk menguasai dunia dengan merikrut mutan-mutan yang tidak mempunyai arah tujuan. Adakah beliau akan berjaya? Atau dapatkan X-Men mengalahkannya? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

_1444660775

Jalan Cerita dan Lakonan

Kisah dalam filem ini menyambung dari filem X-Men Days of Future Past di mana Magneto telah menghilangkan diri dan diburu oleh pihak berkuasa dunia. Cara pengolahan jalan ceritanya bagi menyambung kisah itu dibuat dengan sangat baik dan tidak membebankan memori kami untuk mengingat apa yang berlaku dalam filem lepas.

Pengenalan watak-watak baharu juga dibuat dengan baik dan lancar. Kali ini, watak Quicksilver mendapat perhatian penonton di mana beliau menjadi penyeri dengan menampilkan lawak jenaka yang melucukan.

xmen-apocalypse-gallery-06

Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan ¬†jalan cerita filem ini yang menarik dan penuh dengan babak lucu, sedih dan mendebarkan. Kemunculan watak “jemputan” (untuk mengetahui siapa watak tersebut, tontonlah filem ini di pawagam) juga menerangkan sedikit sebanyak mengenai asal-usul watak tersebut dan bagaimana beliau bertemu dengan X-Men.

Tiada komen negatif mengenai lakonan para pelakon utama, namun watak sampingan, Major Stryker agak kaku dan tidak natural menyebabkan kami tidak menyukai watak tersebut. Watak Nightcrawler juga sedikit kaku, tetapi mungkin kerana itu sememangnya sifat watk tersebut yang pemalu.

X-Men Apocalypse

Kesan Khas dan Skor Muzik

Berkenaan kesan khas, kami kuran gemar animasi kredit pembukaan yang dilihat terlalu kartun dan kesan khasnya kelihatan kurang menarik.

Satu perkara menarik mengenai filem ini ialah ia memaparkan kesan darah, secara spesifik dalam satu babak di mana ramai askar dibunuh oleh watak “jemputan” ketika melarikan diri. Jika dilihat akhir-akhir ini, filem-filem kurang menggunakan kesan darah, kami rasakan kerana mahu mengekalkan klasifikasi filem PG-13.

Skor muziknya pula cukup sempurna dan bejaya menaikkan mood filem berdasarkan babak-babaknya.

ChAIAMfWYAADGE2

Positif Vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita disusun dengan koheren dan menarik.
  • Lawak jenaka yang mencuit hati
  • Watak-watak baharu yang menarik.

Negetif

  • Secara keseluruhan, babak aksi tidak sehebat Avengers.

X-Men Apocalypse

Kesimpulan

Filem X-Men Apocalypse merupakan antara filem X-Men terbaik dalam francaisnya. Kekuatannya adalah dari segi jalan cerita dan watak-wataknya. Ia berjaya mengaitkan filem-filem X-Men terdahulu dengannya serta membentangkan kemungkinan-kemungkinan untuk filem akan datang.

Filem ini tidaklah memberi perasaan WOW kepada penonton, tetapi memberikan kepuasan dalam tinggi. Apa pun, yang pastinya, filem ini lebih menarik dan bermakna daripada filem Captain America terbaharu.

Penilaian: 7.5/10

IMDB

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: X | Kedai KoPi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top