Antarabangsa

Train To Busan [Review]

Saya merupakan peminat filem zombie tegar sejak kemunculan permainan video Resident Evil lagi sekitar tahun 90-an. Namun sejak akhir-akhir ini, filem zombieHolywood semakin lama semakin cliche dan boleh dijangka. Menariknya, dengan hanya menonton trailer filem Train to Busan, kami sudah tahu, ini bukan sebarang filem zombie. Tambahan pula saya memang gemar menonton filem Korea yang sememangnya mempunyai reputasi membuat penonton terpesona.

train to busan review

Train To Busan [Review]

Train to Busan mengisahkan seorang pengurus dana saham amanah, Yoo Gong, yang sangat sibuk dan sering mengabaikan anaknya, Soo-Ahn. Sempena hari jadi anaknya, beliau ingin bertemu ibunya di Busan yang telah bercerai dengannya. Kerana rasa bersalah akibat mengabaikan anaknya itu, Yoo Gong membawanya ke Busan menaiki keretapi laju KTX.

_90580426_a59495c2-f0d6-48ad-acab-d0f20574b1f7

Namun berlaku kemalangan di sebuah taman perindustrian menyebabkan jangkitan virus yang menyebabkan manusia menjadi zombie yang ganas dan menjangkiti manusia yang lain melalui gigitan.

Sebelum keretapi berlepas, seorang yang dijangkiti virus itu terlepas masuk ke dalam keretapi mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

bu-san-haeng-train-to-busan-1000x600

Jalan Cerita dan Lakonan

Setelah membentangkan pengenalan plot filem, pengarah tidak membuang masa untuk memasuki ke jalan cerita utamanya iaitu dalam keretapi. Setelah watak-watak utamanya telah menaiki keretapi, jalan ceritanya berkembang dengan pantas dan babak-babak mendebarkan disusun satu demi satu tanpa henti-henti sehingga anda tidak mungkin berasa bosan.

Babak-babak aksi yang ditampilkan benar-benar mendebarkan dan anda pasti akan mendengar penonton dalam panggung tidak mampu menahan untuk memberi reaksi kepada babak-babak mendebarkan itu. Pendek kata, dari segi debaran, saya jamin, anda tidak akan kecewa.

still-train-to-busan-3

Selain mempunyai babak-babak yang mendebarkan, filem ini menyelitkan nilai-nilai kekeluargaan, isu masyarakat dan isu moral. Sebagai contoh, di pertengahan filem ini, Yoo Gong mendapat tahu bahawa syarikat pelaburannya mempunyai saham dalam syarikat yang mewujudkan virus berbahaya ini dan menyebabkan jangkitan tersebut. Ini mengetengah isu syarikat-syarikat pelaburan hanya mementingkan keuntungan dengan melabur dalam syarikat yang tidak bermoral.

Ia juga menampilkan isu-isu moral yang kita boleh kaitkan dalam dunia sebenar kerana perkara sedemikian berlaku dalam dunia sebenar. Seperti biasanya dalam sesebuah filem aksi Korea, ia juga menampilkan babak-babak mengharukan sehingga menyebabkan seluruh panggung menangis.

Satu aspek yang juga perlu diberi pujian adalah aspek lakonan. Semua pelakon utamanya menampilkan mutu lakonan yang tinggi, terutamanya watak cilik Soo-Ahn yang menampilkan mutu lakonan yang terbaik dan meyakinkan.

Malah pelakon zombie juga harus diberi pujian tinggi dengan lakonan zombie yang benar-benar menakutkan terutamanya ketika mula-mula digigit dan bertukar menjadi zombie. Transformasi mayat kepada zombie ini mirip hantu dalam filem Ju-On dan the Ring, menjadikan babak-babak tersebut lebih menakutkan.

maxresdefault-4

Kesan Khas

Kesan khas dan mekap zombie yang ditampilkan dalam filem ini ternyata sangat realistik dan setanding dengan standard Holywood. Walaupun kebanyakan babak seperti pelanggaran keretapi dan kumpulan zombie yang jatuh dari bangunan dijana menggunakan komputer, babak-babak dikejar dan melawan zombie kebanyakannya tidak menggunakan komputer dan menggunakan lagak ngeri sebenar. Kami hanya boleh bayangkan betapa sukarnya untuk mengarahkan babak-babak sedemikian.

maxresdefault-5

Positif vs Negatif

Positif

  • Emosi anda akan dimanipulasi sepenuhnya dengan babak mendebarkan, marah, sedih, lucu dan mengharukan
  • Aksi tanpa henti, anda tidak mungkin bosan
  • Diselitkan dengan eleman pengajaran yang boleh membuatkan kita sentap

Negatif

  • Sukar kami fikirkan aspek negatif filem ini melainkan ia agak ganas. Tidak sesuai untuk kanak-kanak atau remaja bawa 18 tahun.

train-to-busan-still-bad-guy

Kesimpulan

Filem Train to Busan merupakan filem zombie paling sempurna dari pandangan kami. Ia berjaya menyentuh setiap jenis emosi pada penonton. Pastikan juga anda membawa tisu kerana air mata anda akan berlinangan menonton filem ini. Kami bukan sahaja merekomen anda menonton filem ini, malah kami mahu anda menonton filem ini untuk mengalaminya sediri.

Penilaian 8.5/10

IMDB

1 Comment

1 Comment

  1. malaysia sentral

    October 9, 2016 at 3:52 PM

    dah ada da movie ni kat laptop tp x smpat lagi nak tengok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top