Antarabangsa

The Transporter Refueled [Review]

Mungkin kerana tidak mahu lagi terlibat dengan francais filem Transporter, Jason Statham kini tidak lagi memainkan watak Frank Martin atau lebih dikenali sebagai The Transporter. Francais filem itu kini telah dimulakan semula dengan tajuk The Transporter Refueled dan menjadikan Ed Skrein sebagai watak utamanya, Frank Martin.

transporter refueled

The Transporter Refueled [Review]

Dalam filem The Transporter Refueled, Frank Martin, seorang bekas askar upahan, diupah seorang pelacur berkelas tinggi bernama Anna yang tanpa diketahuinya ingin membalas dendam ke atas kumpulan mafia Russia bernama Arkady Karasov (yang juga bekas rakan setugas Frank) dan rakan-rakan kongsinya. Anna telah diperhambakan Kasarov selama 15 tahun sebagai seorang pelacur. Frank ditugaskan menghantar Anna dan dua buah “pakej” ke tempat yang ditetapkannya.

Apabila mengetahui dua “pakej” tersebut adalah dua orang wanita, beliau enggan meneruskan tugasan itu. Namun wanita itu telah menculik bapa Frank untuk memaksanya menjalankan tugas. Mampukah Frank melepaskan diri dari cengkaman Anna dan bagaimana pula dengan Karasov? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran untuk mengetahui kesudahannya.

M193 (Left to right.) Ray Stevenson and Ed Skrein stars in Europacorp's "The Transporter Refueled ". credit: Bruno Calvo © 2014 Ð EUROPACORP Ð TF1 FILMS PRODUCTION

Jalan Cerita

Sepertimana filem-filem Transporter sebelum ini, tujuan utama filem ini adalah untuk mempromosikan kereta Audi milik Frank yang serba canggih dan boleh dikawal dengan App iPhone. Seperti biasa juga lagak ngeri kereta yang dipaparkan dalam filem ini sungguh tidak mematuhi hukum fizik, tetapi seronok untuk ditonton.

PIE-l7r7WU2JaxQAyoG2mg

Jalan ceritanya walaupun tidaklah sempurna, ia tetap menghidangkan putaran plot yang menarik dan anda akan sentiasa tertanya-tanya apa yang sedang dilakukan Anna dan rakan-rakannya dan bagaimana mereka mahu menjatuhkan Karasov.

Terdapat juga babak-babak dan watak-watak tidak perlu dimasukkan dalam filem ini, seperti babak berlawan dalam perjalanan keluar dari kelab milik rakan kongsi Karasov di mana Frank boleh sahaja memandu keluar, tetapi beliau memilih untuk melawan konco-konco jahat sambil meletakkan keretanya dalam mod pemanduan automatik. Barangkali pengarah hanya mahu mempamerkan kebolehan kereta Audi.

1280x720-6EE

Lakonan

Walaubagaimanapun lakonan Ed Skrein ternyata tidak sehebat Jason Statham yang lebih yakin dan sebati dengan babak berlawan. Dengan kata lain, jika dengan Jason Statham, kita sudah pasti beliau akan memenangi pergaduhan dengan yakin, namun perasaan itu tidak hadir semasa menonton Transporter Refueled.

Salah satu watak menarik adalah bapa Frank yang baru sahaja bersara dari CIA (walaupun beliau tidak mengaku bekerja dengan CIA). Watak beliau menggantikan watak lucu pegawai polis Perancis dalam siri Transporter sebelum ini.

maxresdefault

Positif VS Negetif

Positif

  • Kereta Audi yang menarik.
  • Encik Transporter tidak kebal seperti Jason Statham menjadikan babak lawan lebih seimbang dan menarik.

Negetif

  • Sesiapa sahaja boleh meneka kesudahan filem ini.
  • ada babak-babak yang tidak perlu.
  • Lakonan kurang memberangsangkan.

maxresdefault (1)

Kesimpulan

Filem The Transporter Refueled merupakan sebuah filem yang hanya perlu ditonton tanpa soal. Ia mempunyai banyak kelemahan, tetapi jika anda seperti kami, mencari kelemahan filem ini, anda tentu tidak dapat menikmati filem ini sebagai sebuah filem ringan yang hanya sekadar hiburan. Jika dibandingkan dengan filem Agent 47 yang ditonton minggu lepas, filem ini mempunyai nilai hiburan yang agak sama. Jadi, jika anda menyukai filem tersebut, anda tentu menyukai filem ini.

IMDB

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: The Transporter Refueled | Berita Kanteen

  2. Pingback: The transporter refueled | Kedai KoPi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top