Antarabangsa

The Martian [Review]

The Martian merupakan salah satu filem yang dinanti-nantikan kami tahun ini. Daripada premiere filem ini di US, ia mendapat banyak pujian dan diangkat sebagai filem yang meletakkan semula makna sains dalam sains fiksyen. Kami berpeluang menonton filem ini untuk mendapatkan kepastian mengenai reaksi pihak media itu.

TheMartian

 The Martian [Review]

The Martian mengisahkan sekumpulan angkasawan yang ditugaskan untuk menjelajahi dan membuat ujikaji di permukaan planet Marikh. Tanpa disangka, ribut pasir yang mula-mula disangkakan kecil rupa-rupanya bertukar menjadi ribut pasir yang dahsyat. Ini memaksa kumpulan angkasawan itu meninggalkan misi untuk kembali ke kapal induk.

Semasa kumpulan itu sedang berjalan di dalam ribut pasit untuk ke kapal angkasa mereka, sebuah piring komunikasi telah ditiup ribut dan mengenai salah seorang dariapada angkasawan tersebut iaitu Mark Watney dan beliau pengsan. Disangkakan mati dan kerana terdesak untuk meninggalkan planet itu sebelum kapal angkasa mereka rosak, mereka meninggalkan Watney dan pulang ke kapal induk.

Watney yang sebenarnya tidak mati terpaksa menggunakan segala ilmu sains yang ada padanya untuk kekal hidup berseorangan. Mampukah beliau hidup? Saksikan filem ini untuk mengetahuinya.

THE MARTIAN

Jalan Cerita

Tanpa membuang masa dan tanpa sebarang muqaddimah, filem ini terus sahaja ke babak penting yang pertama di mana kumpulan angkasawan tersebut sedang membuat ujikaji di markas ujikaji mereka. Tidak lama selepas itu markas mereka dilanda ribut dan mereka terpaksa melarikan diri. Jika anda kurang faham laterbelakang filem ini dan memerlukan muqaddimah, sila tonton trailer filem ini.

Benar kata pengkritik filem di Amerika bahawa filem ini meletakkan semula makna sains dalam sains fiksyen. Ia menggunakan teori-teori sebenar mengenai pengembaraan angkasa dalam membikin filem ini. Tidak seperti filem Interstellar yang menggunakan teori yang tidak realistik, filem The Martian menggunakan teori sains yang ringkas dan mudah difahami orang ramai.

THE MARTIAN

Politik dalam organisasi NASA dan di antara negara juga dipaparkan dalam cara yang realistik kepada dunia sebenar menggambarkan pengarah dan krew filem telah membuat kajian latarbelakang mereka dengan baik.

Mengikuti perkembangan Watney dalam setiap pemasalahan dan penyelesaian yang dilakukannya sangat menyeronokkan. Setiap permasalahannya diselesaikan dengan teknik sains yang sebenar dan logikal. Tidak sampai separuh jalan menonton filem ini anda tentu akan berasa terikat dengan watak protagonis yang bijak dan lucu ini serta mula menjadi penyokong setianya.

Pengakhiran filem ini akan memberikan penonton rasa kepuasan dan kegembiraan yang nyata, seolah-olah penonton sendiri berada dalam situasi yang sangat mendebarkan didalam filem tersebut.

the-martian-mars-e1443735954956

Lakonan

Satu perkara yang menarik ialah lakonan pelakon yang sangat bersahaja memberi gambaran sekumpulan angkasawan yang akrab seperti sahabat lama. Ini menambahkan lagi realism filem ini. Malah dalam video-video promosi sebelum filem ini ditayangkan di pawagam, ia memaparkan video-video yang seolah-olah dirakam sendiri oleh angkasawan tersebut untuk dimuatkan ke dalam media sosial.

martian-gallery9-gallery-image

Positif Vs Negetif

Positif

  • Jalan cerita yang sangat menarik.
  • Sains, politik dan nilai persahabatan yang dipaparkan sangat mirip dunia sebenar.
  • Teori sains yang dipaparkan tidaklah kompleks seperti Interstellar.
  • Babak-babak genting yang sangat mendebarkan.

Negetif

  • Sedikit idealistik dari segi hubungan Amerika dan China.

in THE MARTIAN.

Kesimpulan

Filem The Martian merupakan filem thriller yang kami rasakan terbaik tahun ini dah harus ditonton semua pihak dari semua lapisan masyarakat. Ia merupakan sebuah filem yang memberi inspirasi kepada semua yang ingin menjadi angkasawan. Bawalah rakan dan keluarga menonton filem ini kerana ia sememangnya berbaloi.

Anda digalakkan menonton saluran Youtube filem ini untuk mengetahui apa yang berlaku sebelum kisah dalam filem ini bermula. Ini akan memberikan anda lebih pemahaman sebelum menonton filem ini. Ikuti pautan ini : https://www.youtube.com/channel/UCAHwvVPQZggKTgQlVF88rGw/videos.

IMDB

5 Comments

5 Comments

  1. Pingback: The martian - KaKi Borak

  2. Pingback: The martian | Berita Kanteen

  3. Pingback: The martian | myMetro | Akhbar Online Harian Anda

  4. Pingback: The martian | Gambar & Video

  5. Pingback: The martian | Kedai KoPi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top