Antarabangsa

The Man From UNCLE [Review]

Ramai, termasuk kami, tidak mengetahui bahawa filem The Man From UNCLE sebenarnya adalah adaptasi siri TV popular yang bermula pada tahun 1964. Namun daripada trailer yang kami tonton tidak lama dahulu sudah cukup untuk menarik minat kami untuk menonton filem ini. Bagi yang ingin tahu, sedutan siri TV 60an tersebut dipaparkan di bawah.

The Man From UNCLE [Review]

Filem terbaharu The Man From UNCLE memfokuskan kepada dua orang agen rahsia Amerika dan USSR, masing-masing bernama Napoleon Solo dan Illya Kuryakin yang pada awalnya merupakan musuh, tetapi kemudiannya ditugaskan bersama untuk menyiasat pembangunan senjata nuklear oleh organisasi penjenayah gelap.

The-Man-From-UNCLE-2015-movie

Mereka yang pada awalnya mush terpaksa mengetepikan permusuhan mereka untuk bekerjasama dalam menumpaskan organisasi tersebut dengan bantuan gadis Jerman Timur bernama Gaby. Pelbagai rintangan dihadapi mereka dalam usaha menyelamatkan keadaan. Mampukah mereka menumpaskan organisasi jenayah itu? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Jv7V5

Jalan Cerita

Kami suka jalan cerita filem ini kerana ia seimbang. Tidak terlalu ringkas dan mudah, tetapi pada masa yang sama tidak terlalu rumit dan berat. Ditambah dengan lawak jenaka yang bersahaja, ia sememangnya sebuah filem yang menghiburkan. Walaubagaimanapun, sesetengah lawak jenakanya memerlukan pengetahuan am mengenai perkara yang berlaku pada zaman perang dingin. Sesetengah lawak jenakanya juga mempunyai gaya unik British yang mungkin kurang difahami ramai, terutamanya dengan kemunculan Hugh Grant sebagai Waverly.

Babak-babak aksinya tidaklah sehebat filem James Bond, namun cukup menghiburkan bagi penonton yang sememangnya berminat dalam filem aksi komedi.

maxresdefault (3)

Lakonan

Walaupun jalan ceritanya amat menghiburkan, lakonan watak-wataknya satu kisah yang lain. Lakonan Henry Cavill (terkenal sebagai Superman) sangat baik terutamanya tona percakapannya yang sangat profesional dan tenang. Tetapi watak Ilya yang dilakonkan oleh Armie Hammer sedikit kaku dan kadang-kala tidak berperasaan. Barangkai ini sememangnya perwatakan Ilya, namun ia nampak sedikit ganjil.

Watak-watak lain dilakonkan dengan baik termasuk watak Waverly (Hugh Grant). Walaupun hanya muncul sekali-sekala sahaja, lawak sarkastik gaya Britishnya menghiburkan dan sedikit-sebanyak memberikan impak kepada kemeriahan filem ini.

D4D_6423.dng

Positif vs Negetif

Positif

  • Jalan cerita seimbang dari segi kompleksiti dan nilai hiburan.
  • Lawak jenaka bersahaja yang tidak kelihatan terlalu terdesak untuk membuatkan penonton ketawa.
  • Lakonan mantap Henry Cavill.

Negetif

  • Bagi mereka yang mengharapkan plot sehebat James Bond mungkin akan kecewa. Tapi sekurang-kurangnya mereka terhibur.
  • Ilya kadang-kala terlampau kaku.

M7MQZ

Kesimpulan

Pada pendapat kami, The Man From UNCLE merupakan sebuah filem yang mengoptimumkan jalan cerita yang menarik dengan nilai hiburan. Walaupun ia tidaklah segempak atau “havoc” seperti filem James Bond atau The Avengers, ia benar-benar sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat samada anda minat filem aksi penyiasatan komedi atau tidak. Kami merekomen filem in kepada sesiapa sahaja yang bercadang menonton wayang hujung minggu ini.

IMDB

3 Comments

3 Comments

  1. Pingback: The Man From UNCLE | KaKi Borak

  2. Pingback: The Man From UNCLE | Berita Kanteen

  3. Pingback: The Man From UNCLE | myMetro | Akhbar Online Harian Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top