Antarabangsa

The Gallows [Review]

Filem seram berasaskan rakaman video telah dipopularkan sejak filem The Blair Witch Project berpuluh tahun lalu dan kini sebuah lagi filem genre yang sama ditayangkan bertajuk The Gallows. Terima Kasih kepada Yes 4G yang memberikan tiket tayangan percuma untuk menonton filem ini.

THE GALLOWS

The Gallows [Review]

Dalam filem The Gallows, 20 tahun lalu, sebuah lakonan teater di sebuah sekolah tinggi gagal apabila watak utamanya mati dalam satu kemalangan aneh semasa lakonan tersebut. 20 tahun kemudian, lakonan teater bertajuk The Gallows itu ingin dilakonkan semula oleh pelajar sekolah tersebut.

Oleh kerana watak utama lakonan terbaharu teater itu gementar dan sememangnya tidak pandai berlakon, beliau dan rakan-rakannya merancang untuk merosakkan set teater malam sebelum tayangan itu dijadualkan berlangsung supaya beliau tidak perlu berlakon dalam lakonan itu. Namun perkara aneh telah berlaku semasa aktiviti merosakkan set itu. Apa yang akan terjadi kepada mereka? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran.

gallows0001

Jalan Cerita

Sebagai bekas pelajar sekolah, anda tentunya pernah mendengar kisah-kisah paranormal mengenai sekolah anda, terutamanya jika sekolah anda merupakan sekolah yang lama dan mempunyai sejarahnya tersendiri. Filem ini memempunyai tema tersebut dan dirakaman dari pandangan pihak pertama menggunakan kamera peribadi dan telefon pintar. Teknik perfileman lebih kurang sama dengan filem Cloverfield, The Blair Witch Project dan Project Almanac, jadi jika anda mudah pening akibat rakaman video bergoyang-goyang, anda dinasihatkan untuk mengelakkan filem ini.

Dari segi jalan cerita, ia mudah difahami dan tidak mempunyai kelemahan yang terlalu ketara. Malah jika satu babak itu melibatkan pemisahan watak-watak dalam filem ini, ia akan menunjukkan jalan cerita dari pandangan kumpulan utama dan juga mangsa yang hilang, jadi ia lebih mudah difahami oleh penonton. Namun, jalan cerita yang ditampilkan bukanlah suatu yang baharu dan mudah dijangkakan.

Seperti biasa, terdapat babak-babak seram yang mengejutkan, tetapi ia lebih kepada mengejutkan dari menakutkan. Secara umumnya, jalan cerita filem ini bukanlah sesuatu yang baharu dan penonton mungkin telahpun menonton filem sepertinya.

THE GALLOWS

Lakonan

Namun baiknya, lakonan pelakon yang melakonkan filem ini agak baik, walaupun tidak terkenal. Watak remaja yang sentiasa ingin memberontak dan melakukan perkara yang kurang bijak dibawa dengan baik. Cuma kadang kala agak kurang realistik. Contohnya dalam keadaan yang jelas menakutkan dan genting watak Ryan masih mampu becakap besar dan melakukan perkara yang jelas sangat berbahaya.

Positif vs Negetif

Positif

  • Lakonan baik

Negetif

  • Jalan cerita mudah dijangka
  • Kamera yang bergoyang mungkin akan menyebabkan pening kepala bagi sesetengah penonton.
  • Lebih mengejutkan dari menakutkan.

Filem The Gallows jauh sekali bukan merupakan filem yang akan memenangi Oscar. Besar kemungkinan pengarah dan penulis filem ini merupakan golongan yang baru menceburi bidang perfileman dan ingin menempa nama di persada Holywood. Bagi mereka yang menggemarkan filem seram dan suka ditakutkan, menontonnya di pawagam merupakan pilihan yang lebih baik kerana jika ditonton di TV, mungkin segala yang baik mengenain filem ini tidak releven lagi.

IMDB

3 Comments

3 Comments

  1. Pingback: The Gallows | KeDai KoPi

  2. Pingback: The Gallows | KaKi Borak

  3. Pingback: The Gallows | myMetro | Akhbar Online Harian Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top