Antarabangsa

The Conjuring 2 [Review]

Semasa filem pertama The Conjuring ditayangkan tidak lama dahulu, ia menerima hype yang tinggi mengatakan ia filem paling seram, malangnya menurut review kami, ia tidaklah seseram mana. Kali ini perkara sama terjadi dengan The Conjuring 2 di mana ia menerima hype bahawa ia filem yang sangat seram. Tetapi adakah ia berjaya menyamai apa yang telah digembar-gemburkan?

the conjuring 2

The Conjuring 2 [Review]

The Conjuring 2 sekali lagi mengikuti kisah pasangan paranormal Patrick Wilson dan Vera Farmiga. Setelah menyiasat kes paranormal Amityville, pasangan ini diperkenalkan pula dengan kes baharu yang membawa mereka ke London, England, lebih tepat lagi di Enfield.

MV5BMTAwNjcyNzYzNTBeQTJeQWpwZ15BbWU4MDQ2MTM1NDgx._V1_

Dalam kes ini satu keluarga ibu tunggal dan 4 anak telah mengalami gangguan roh jahat yang menyebabkan pelbagai perkara pelik dan seram berlaku. Patrick dan Vera dipanggil untuk mengesahkan kesahihan kejadian paranormal itu sebelum menyerahkan kepada pihak gereja.

Apakah yang berlaku sebenarnya? Semuanya akan dibongkarkan dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran.

the-conjuring-2-04

Jalan Cerita dan Lakonan

Kebanyakan filem seram bergantung kepada babak seram dan mengejutkan sebagai fokus utamanya. Jalan cerita tidak diberi penekanan dan kadang kala tidak masuk akal. Namun filem ini mempunyai jalan cerita yang lebih baik daripada filem seram biasa. Malah ia mempunyai plot twist di penghujung filem yang dibikin dengan baik.

Tetapi babak seramnya masih lagi sama, di mana ia bergantung kepada elemen kejutan berbanding keseraman hakiki. Tetapi ini mungkin pandangan kami sahaja kerana kami sudah masak dengan filem-filem seram, hingga sukar untuk membuat kami berasa seram. Terkejut ya, seram, tidak berapa.

conjuring2-family-scared-700x323

Dari padangan kami ia bukan sahaja filem seram, malah ia juga merupakan drama yang baik dengan menceritakan latarbelakang masyarakat dan dunia dalam tahun 70an di mana terdapat golongan skeptik dan juga terdapat mereka yang percayakan paranormal. Untuk pengetahuan anda, filem ini berasaskan kisah benar.

Seperti anda sedia maklum, melakonkan watak orang yang dirasuk hantu sememangnya sukar. Oleh itu barisan pelakon yang dipaparkan dalam filem ini melakonkan watak masing-masing dengan penuh perasaan dan berjaya menghayati lakonan mereka.

the-conjuring-2-3_C4FA32F28A334ADCAC3589373A4C90AA

Kesan Khas

Menariknya tentang filem ini, ia tidak menggunakan banyak CGI untuk babak-babak seramnya. Sebaliknya ia menggunakan banyak kesan khas dunia nyata, menjadikannya sebuah filem yang nampak realistik. Contohnya banyak kesan pergerakan barangan akibat aktiviti paranormal dilakukan dalam dunia nyata.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang menarik termasuk plot twist di penghujungnya.
  • Tidak menggunakan CGI yang keterlaluan
  • Mutu lakonan yang baik

Negatif

  • Banyak babak mengejutkan, tetapi tidaklah begitu seram
  • Kami tertanya-tanya bahagian mana yang benar dan yang mana ditokok-tambah dari kisah sebenarnya.

0c5df020-0f09-0134-24a8-0e1b1c96d76b (2)

Kesimpulan

Bagi peminat filem seram, The Conjuring 2 merupakan sebuah filem seram yang seimbang antara paranormal dan logik. Sungguhpun ia tidaklah begitu seram (mengikut pandangan kami) dan bergantung kepada elemen kejutan, kami rasakan mungkin elemen-elemen tersebutlah yang menyebabkan peminat filem seram datang menonton lagi filem-filem seram di pawagam. Kami merekoman anda menontonnya bersama rakan-rakan kecuali yang lemah semangat dan yang ada penyakit jantung.

Penilaian 7/10

IMDB

1 Comment

1 Comment

  1. puteraalam

    July 27, 2016 at 7:16 PM

    best lagi yang pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top