Antarabangsa

The 5th Wave [Review]

Filem Sci-Fi di mana makhluk asing ingin merampas bumi dari manusia merupakan salah satu genre kegemaran kami. Setiap filem dengan topik sebegini mempunyai teori-teorinya sendiri dan filem The 5th Wave tidak terkecuali. Kami berpeluang menonton filem ini hari ini kini kami ingin memberi sedikit ulasan mengenainya.

The 5th Wave

The 5th Wave [Review]

Seperti yang dipaparkan dalam trailer The 5th Wave, filem ini mengisahkan kapal angkasa makhluk asing yang tiba di bumi dengan tujuan merampasnya dari manusia. Penjajahan berlaku dalam 5 peringkat. Peringkat pertama mereka mematikan segala peralatan elektronik dengan membuat satu gelombang elektromagnetik besar bagi memusnahkan segala peralatan, termasuk kenderaan, yang menggunakan walaupun sedikit peralatan elektronik.

5thwave

Tahap kedua melibatkan gempa bumi besar yang mengakibatkan tsunami yang menenggelamkan bantar-bandar tepi laut dan tasik. Tahap ketiga melibatkan penyebaran virus selsema burung yang kuat, menyebab ramai mati dan tahap keempat memperlihatkan mereka turun dalam bentuk parasit yang mengawal minda manusia. Tahap kelima bakal berlaku dan tidak diketahui dalam bentuk apa. Untuk mengetahui selanjutnya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

Fifth-Wave-2

Jalan Cerita

Walaupun filem ini dikategorikan sebagai Sci-Fi (fiksyen sains), namun, tidak dapat dinafikan terdapat unsur-unsur aksi/pengembaraan remaja seperti The Hunger Games dan The Maze Runner di mana fokus utamanya adalah remaja dan watak utama merupakan remaja yang menghadapi situasi yang genting dan dengan usaha yang tidak berbelah bahagi, beliau berjaya menempuhi halangan, dan seperti filem-filem itu, The 5th Wave juga menampilkan watak remaja perempuan biasa yang terpaksa menjadi seorang yang tabah dan dibantu oleh watak lelaki yang kacak di mana beliau jatuh cinta dengannya.

Formulanya atau konsepnya agak sama dan kami pasti anda akan menyedarinya setelah menonton separuh dari filem ini nanti. Tetapi harus diberi pujian kepada cara penyampaian ceritanya yang teliti dan sistematik memastikan penontonnya memahami asas situasi penduduk bumi pada ketika itu.

Walaubagaimanapun, putaran plotnya yang tidak dijangka (tetapi biasa kita lihat) membuatkan filem ini sedikit menarik dan tidaklah terlalu teruk. Kesudahan filem ini juga sudah hampir pasti merujuk kepada sambungan filem kedua, ketiga dan mungkin keempat dalam siri The Fifth Wave.

L-r, Nick Robinson, Zackary Arthur and Chloë Grace Moretz star in Columbia Pictures' "The 5th Wave."

Lakonan

Kelemahan filem-filem remaja sebegini adalah mencari bakat lakonan baharu. Filem ini tidak terkecuali. Walaupun watak utamanya, Cassie yang dilakonkan Chloë Grace Moretz sudah terkenal dengan filem seperti Kickass, namun watak sampingan seperti Even Walker yang memainkan peranan sebagai seorang hybrid antara manusia dan makhluk asing ternyata kaku dan kurang berpengalaman. Mungkin disebabkan badannya yang sasa, ini boleh dimaafkan oleh penonton wanita, namun tidak dapat dinafikan, lakonannya kurang mantap.

Kesan Visual dan Audio

Tiada apa yang luar biasa mengenai kesan khas yang dipaparkan dalam filem ini, namun penyediaan prop dan setnya dibuat dengan agak baik dalam babak-babak seperti lebuhraya yang dipenuhi kereta yang rosak dan bandar yang telah musnah dibom makhluk asing. Cuma agak malang kerana panggung yang kami duduki tidak mempunyai kualiti speaker yang baik, jadi kesan audio kebanyakannya terlalu kuat atau pecah.

Fifth-Wave

Positif vs Negetif

Positif

  • Cara penyampaian cerita yang baik dan sistematik.

Negatif

  • Kami kurang gemar watak alien yang menjadi parasit. Agak kurang logik spesis sebegitu boleh membina empayar besar.
  • Babak aksi yang agak pendek.
  • terdapat kelemahan plot seperti tiada siapa bertanya mengapa pangkalan tentera tidak diserang makhluk asing selama ini.

Kesimpulan

Filem The 5th Wave bukanlah untuk penggemar tegar filem sci-fi, sebaliknya lebih menjurus kepada filem untuk golongan remaja. Ia tidaklah begitu teruk, namun ia juga tidaklah begitu baik. Persoalannya adalah, dengan kemungkinan besar akan ada satu siri filem The 5th Wave, adakah anda mahu mula menontonnya? Jika ya, anda mungkin akan terjerumus untuk menonton filem-filem berikutnya. Mungkin filem berikutnya lebih baik dari yang pertama ini, tiada siapa tahu.

Rating : 3/5

IMDB

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: The 5th wave | Kedai KoPi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top