Antarabangsa

Suicide Squad [Review]

Suicide Squad adalah antara filem yang banyak tunggu-tunggu dan dihebohkan oleh peminat komik tahun ini. Terima kasih kepada Budiey.com kerana menaja tiket ke tayangan pembukaan Suicide Squad malam tadi, membolehkan kami melihat sendiri samada segala hype yang digembar-gemburkan direalisasikan di layar perak.

suicide squad

Suicide Squad [Review]

Suicide squad mengisahkan kerajaan Amerika yang ingin mengadakan pelan sandaran sekiranya seorang manusia meta (metahuman) seperti Superman mengambil keputusan untuk memusnahkan bumi. Untuk itu, mereka mengumpulkan penjenayah-penjenayah yang terdiri daripada manusia luarbiasa untuk dijadikan satu pasukan yang boleh mengalahkan ancaman manusia meta.

Malangnya ancaman itu datangnya dari sumber yang tidak disangka. Apakah ancaman itu dan dapatkah mereka mengalahkannya? Untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini di pawagam.

3103474-4+suicidesquad

Jalan Cerita dan Lakonan

Satu perkara yang baik mengenai filem ini adalah sepanjang promosi filem ini, pasukan pemasaran langsung tidak mendedahkan jalan cerita dan watak jahat utama dalam trailer yang diterbitkannya. Jadi, melainkan anda benar-benar mencari sumber maklumat mengenai filem ini, anda tidak mungkin dapat meneka jalan cerita filem ini atau siapakah yang menjadi watak jahat utamanya melalui trailernya. Ini memberikan anda satu kejutan positif dan motivasi untuk menonton filem ini.

Bercakap mengenai jalan ceritanya, bahagian awal filem ini lebih banyak menumpukan kepada pengenalan watak-watak Suicide Squad itu sendiri dan bagaimana mereka ditangkap, dan seterusnya dipaksa menyertai Suicide Squad. Ini memberikan asas yang baik kepada filem ini, serta filem-filem akan datang.

suicide-squad-enchantress-cara-delevingne

Walaupun babak aksinya mendebarkan, lawak jenakanya lucu dan lakonan watak utama agak baik, namun kami berasa sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan filem ini dan sukar untuk disebutkan. Mungkin jalan ceritanya kurang berjaya diterjemahkan dari komik ke dunia realiti, menyebabkan ia kelihatan kurang realistik, sebaliknya lebih menjurus kepada komik di layar perak berbanding sebuah filem berasaskan komik. Atau mungkin juga dialognya kurang berkesan, kami kurang pasti, tetapi apa yang pasti DC Comics masih belum mendapat formula yang tepat untuk membawa sebuah siri komik ke layar perak. Sekurang-kurangnya mereka tidak sehebat Marvel dalam membawa komik mereka ke layar perak.

suicide-squad-trailer-00

Sungguhpun demikian, kami tidaklah mengatakan filem ini tidak bagus, tetapi DC Comics dilihat masih tercari-cari rentaknya dalam menghasilkan satu dunia adiwira yang berkait antara satu dengan yang lain seperti apa yang dilakukan Marvel dengan Avengers, Iron Man, Captain America dan sebagainya, di mana semua filem itu berkait antara satu dengan lain.

Tetapi memandangkan ini usaha pertama mereka, kami mengambil langkah tunggu dan lihat samada usaha ini akan membuahkan hasil yang baik dalam filem-filem Justice League dan Wonder Woman.

suicide squad 2

Kesan Khas

Kesan khas dalam filem ini bukanlah yang terbaik dalam industri, namun ia cukup meyakinkan untuk sebuah filem Holywood. Selain kesan khas CGI, ia juga menggunakan lagak ngeri sebenar dalam babak-babak aksinya. Memandangkan watak-watak jahat dalam filem ini dibikin menggunakan CGI, lagak ngeri tersebut tidak kelihatan begitu ngeri.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang tidak dibocorkan trailer memberikan satu kejutan.
  • Watak-watak yang menghiburkan

Negatif

  • Watak jahat mungkin sedikit menghampakan.
  • Terdapat banyak babak klise yang boleh dijangka.
  • Babak aksi tidak sehebat filem Marvel.

GalleryMovies_1920x1080_SS-01754r_56709c7788ab92.93738000

Kesimpulan

Filem Sucide Squad bukanlah filem yang teruk, tetapi tidaklah juga baik. Namun sebagai orang yang tidak membaca komik DC Comics dan tidak terkongkong dengan idealisme komik, kami rasakan filem ini masih menghiburkan dan boleh diterima. Cuma bagi orang yang tidak membaca komik tersebut, kami mempunyai harapan filem-filem mereka dapat diserasikan dengan dunia realiti sepertimana dilihat dalam filem Captain America baru-baru ini yang telah mengambil kira organisasi seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam jalan cerita mereka. Malah organisasi Sheild juga merupakan satu organisasi yang menghubungkan dunia adiwira kepada dunia realiti. Malangnya, dalam filem DC Comics, tidak terdapat organisasi sedemikian, atau mungkin belum diperkenalkan lagi.

Apa pun, tontonlah filem ini dan beritahu pendapat anda mengenainya di ruang komen atau di laman FB kami.

Penilaian : 7/10

3 Comments

3 Comments

  1. Pingback: Suicide squad | Kedai KoPi

  2. apdm

    August 6, 2016 at 10:36 PM

    banyak juga yang komen movie ni mengecewakan. apa-apa pun, kena tengok sendiri jugak

    • iMyn

      August 13, 2016 at 11:42 PM

      yup…lain orang, lain pendapat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top