Antarabangsa

Star Wars VII The Force Awakens [Review]

Selama beberapa minggu kami berusaha untuk tidak tertonton atau terbaca spoiler mengenai filem epik Star Wars VII The Force Awakens dan akhirnya kami berjaya menontonnya tanpa sebarang pengetahuan mengenai later belakang jalan ceritanya. Walaupun terdapat seorang peminat tegar Star Wars dalam team Wayangkini, penulis ditugaskan untuk menulis review ini untuk mengelakkan review yang “pilih kasih”. Penulis bukanlah peminat tegar Star Wars, tetapi telah menonton semua filem sebelum ini sekurang-kurangnya sekali.

Star Wars VII The Force Awakens

Star Wars VII The Force Awakens [Review]

Star Wars VII The Force Awakens berlangsung 30 tahun selepas kejadian Star Wars VI Return of The Jedi. The Empire telah tumbang dan kini digantikan oleh satu organisasi dipanggil The First Order. Tanpa memberikan sebarang spoiler, filem ini mengisahkan kedua dua pihak, The First Order dan pasukan pemberontak berusaha untuk mencari Luke Skywalker yang menghilangkan diri untuk sekian lama.

Pertembungan bakal berlaku antara dua pihak ini. Apakah kesudahannya? Tontonlah filem ini di pawagam IMAX atau 3D berhampiran anda.

star_wars_characters_-_h_-_2015

Jalan Cerita dan Lakonan

Jalan cerita filem ini sememangnya tidak syak lagi mengikut gaya penceritaan filem Star Wars dan tidak melupakan unsur-unsur yang membuatkan siri filem ini sebuah lagenda dalam perfileman Holywood. Babak aksi dan peperangan angkasa pula sememangnya mengujakan semua peminat-peminat setia francais filem Star Wars.

_86225572_cb1120.4k_noblur.v04.1132

Lakonan pelakon-pelakonnya juga di tahap yang terbaik. Dalam Star Wars IV hingga VI, masalah dan komplen yang dihadapi adalah kualiti kesan khasnya yang kurang baik. Tetapi itu sememangnya dijangkakan dengan teknologi perfileman yang ada pada zaman lewat 70an dan awal 80an. Tetapi lakonan pelakonnya sememangnya mendapat pujian ramai.

Dalam episod Star Wars I hingga III pula, kesan khas yang digunakan jauh lebih baik memandangkan teknologi CGI telah berkembang pesat pada zaman itu. Tetapi lakonan pelakonnya didapati kaku dan tidak memberangsangkan.

Star_Wars_Still

Untuk filem Star Wars VII maklumbalas awal adalah ia menggabungkan kehebatan lakonan siri Star Wars asal (IV – VI) dengan kehebatan CGI siri Star Wars kedua (I – III). Cuma mungkin watak jahat utama, Kylo Ren kurang “ganas” dan kelihatan mentah, berbanding Darth Vader yang sememangnya kejam. Tetapi mungkin itu sememangnya karakter watak berkenaan. Terdapat juga watak-watak yang muncul terlalu sekejap dan tiada fungsi dalam filem ini.

Secara keseluruhan, dari pandangan seorang yang bukan peminat tegar Star Wars, jalan cerita filem ini OK sahaja. Tidaklah begitu gempak. Namun penulis pasti peminat tegar kurang bersetuju dengan penulis. Ada sahabat penulis yang telah menonton filem ini 3 kali kerana minatnya terhadap filem Star Wars.

Star-Wars-Force-Awakens-Chrometrooper

Salah seorang watak yang muncul terlalu sekejap dan tiada fungsi dalam filem ini

Positif vs Negetif

Positif

  • Lakonan dan CGI yang terbaik
  • Kesinambungan  dari filem episod 6 dilakukan dengan baik
  • Menepati gaya dan persekitaran Star Wars

Negetif

  • Jalan cerita walaupun menarik, tidak menampilkan sebarang kejutan
  • sesetengah watak tidak ada fungsi dan muncul hanya sekejap sahaja.

5543ca96801ffcbc36b34181_vanity-fair-star-wars-01

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan filem Star Wars VII The Force Awakens merupakan sebuah filem yang hebat dan kini meraih filem paling pantas menerima kutipan melebihi USD300 juta dalam minggu pertamanya dengan kutipan USD325.4 juta dalam masa 5 hari berbanding Jurassic World yang mengutip USD300 juta dalam masa 8 hari. Namun kehebatan filem ini banyak bergantung kepada jika anda seorang peminat tegar filem ini atau tidak.

Terdapat sesetengah orang yang tidak pernah menonton filem-filem Star Wars. Bagi mereka filem ini langsung tidak menarik perhatian mereka. Malah jika diberi peluang menonton semula siri filem Star Wars sebelum ini, mereka tidak dijangka akan meminati filem francais ini pun.

Tetapi bagi mereka yang telah menonton filem ini sejak kecil lagi, pasti akan bertepuk kegembiraan selepas menontonnya.

IMDB

2 Comments

2 Comments

  1. Muhammad Rashidi Ismail

    January 16, 2016 at 7:49 AM

    Baru sahaja menemui laman wayangkini.com

    Tahniah dah hebat atas usaha. Ni merupakan pembacaan pertama saya dan saya juga antara yang meminati seni perfileman.

    Bagi saya, seperti mana diatas merupakan pendapat anda; terdapat kelemahan dari segi aspek ulasan yang diberikan. Namun begitu, itu merupakan “cara” masing-masing. Mungkin hala tuju wayangkini dijadikan sedemikian.

    Sejujurnya, penemuan laman ini merupakan usaha carian saya bagi sebuah Filem tempatan bertajuk “Mat Moto”. Gagal. Tiada pautan yang kuat bagi carian. Kemudian saya menggunakan “keyword” ulasan Filem. Maka pertemuan dengan wayangkini bermula.

    Kembali kepada komen ulasan Filem Star Wars Force Awaken. Aspek CGI diberikan sebagai “pros”. Sedangkan Filem ini menerapkan aspek “practical effects” bukan CGI.

    Lakonan tidak disentuh dengan baik. Justifikasi tent Kylo Ren kurang mantap. Saya juga setuju wataknya kurang ooomph, namun ia bersebab kerana dia mungkin dilakarkan sebagai karakter yang masih “naive”.

    Tiada sentuhan dalam bab sinematografi. Ini merupakan bab yang saya minati dan sentiasa ingin pelajari. Audio jugak tidak disentuh dalam ulasan.

    Saya berharap wayangkini boleh diperluaskan lagi dan ya saya akan menyokong. Satu cadangan, sekiranya berkesan; saya merasakan Wayangkini boleh menggunakan formula ulasan ringkas seperti berikut:

    (mengikut urutan)
    1 – Ulasan Audio/Skor Muzik
    2 – Ulasan visual/arahan/konsep seni
    3 – Ulasan utama/Cerita/Lakonan

    Dengan 3 turutan begini, mungkin sahaja ia boleh memberikan impak lebih telus kepada pembaca.

    Dalam masa sama, ia juga boleh memperbaiki pemahaman penonton tempatan dan penggiat Filem tempatan atas urutan yang penting seperti dicadangkan. Kerana, mengikut pengalaman dan pemahaman saya; Filem tempatan gagal memberi fokus dalam 3 aspek ini (bukan semua) dan ia menjadikan Filem kita agak kosong.

    Akhir kata, saya berharap Wayangkini boleh mengambil komen dan cadangan ini sebagai satu perkongsian berguna dari saya.

    Terima Kasih.

    P/S:
    Saya merupakan “associate founder” kepada laman malaysian-riders.com dan amat minat dalam bidang perfileman.

    • iMyn

      January 16, 2016 at 10:43 AM

      Terima kasih kepada saudara atas ulasan dan komen yang sangat bernas. Sememangnya komen sebegini diperlukan untuk mempertingkatkan usaha kami. Saya pasti saudara seorang fan Star Wars. Apa pun, kami sememangnya mempertimbangkan cadangan2 saudara. Sebenarnya kami cuba menerapkan poin2 1, 2 dan 3 dalam ulasan, cuma mungkin kami simplify-kan dan tidak mengulas secara spesifik. Sasaran kami adalah penonton wayang yang cuma mahu tahu samada sesebuah filem itu berbaloi untuk ditonton atau tidak, dan tidak mahu membaca artikel yang terlalu panjang. Walaubagaimanapun, kami tetap akan mempertimbangkan cadangan saudara dan menerapkan secara ringkas di dalam ulasan akan datang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top