Antarabangsa

Spectre [Review]

Khabarnya filem Spectre merupakan filem James Bond terakhir yang dilakonkan Daniel Craig, namun ia masih belum muktamad. Namun, apa pun filem ini antara filem yang ditunggu-tunggu sebelum kehadiran filem Star Wars The Force Awakens bulan hadapan. Bagaimanakah penilaian kami mengenainya? Teruskan membaca.

Spectre

Spectre [Review]

Setelah kematian M dalam filem Skyfall, James Bond diberikan satu arahan rahsia untuk membunuh Marco Sciarra dan menyiasat satu organisasi rahsia yang bakal menguasai dunia melalui penguasaan sistem perisikan negara paling berkuasa di dunia.

Mampukah James Bond membongkar organisasi rahsia ini dan seterusnya menyelamatkan dunia? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

james-bond-spectre_3251384k

Jalan Cerita

Kami boleh menyimpulkan jalan cerita filem Spectre sebagai mendatar. Jalan ceritanya biasa sahaja dan aksi-aksi yang ditampilkan tidak begitu mendebarkan serta pendek. Sungguhpun begitu ia tidaklah begitu membosankan. Anda masih berasa terhibur mengikuti jalan ceritanya, cuma anda tidak boleh mengharapkan apa-apa di luar kebiasaan sebuah filem James Bond.

Watak jahatnya juga tidaklah begitu handal dan agak mudah bagi James Bond mengalahkannya. Umpama bermain permainan video Call of Duty dalam mod paling mudah.

spectre-1

Tetapi, mungkin apa yang membuatkan anda tidak bosan menonton filem ini ialah pengolahan jalan ceritanya di mana perkembangan jalan ceritanya dari satu babak ke babak yang lain disusun dengan baik oleh pengarah dan penulisnya.

Produksi

Paling menarik mengenai filem ini ialah kereta Aston Martin DB10 yang dipaparkan dalam filem ini. Ia adalah kereta Bond paling cantik setakat ini. Khabarnya hanya 10 buah kereta ini dibuat dan hanya sebuah akan dilelong kepada umum.

Turut ditampilkan adalah telefon pintar Sony Xperia dan pelbagai jenis pakaian dan barangan berjenama yang tidak pernah anda dengar. Ia umpama iklan barangan mewah.

Daniel Craig

Positif Vs Negetif

Positif

  • Susunan babak-babak yang tidak membuatkan anda bosan
  • Aston Martin DB10

Negetif

  • Jalan cerita yang mendatar
  • babak aksi yang pendek dan tidak begitu mendebarkan
  • James Bond kelihatan sedikit tua dalam filem ini

james-bond-spectre

Kesimpulan

Filem Spectre sebenarnya tidak membosankan, cuma ia juga tidak mengujakan. Sepertimana yang kami katakan tadi, jalan ceritanya mendatar dan babak aksinya tidak terlalu mendebarkan, ia umpama bermain permainan video Call of Duty dalam mod mudah kerana anda hanya mahu mengetahui jjalan ceritanya dan tidak terlalu teruja untuk bermain. Anda bolehlah menonton filem ini hanya untuk melengkapkan tontonan filem James Bond, tetapi jangan berharap sebuah filem yang mengujakan.

Penilaian – 6/10

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top