Antarabangsa

Rurouni Kenshin [review]

Rurouni Kenshin sebenarnya telah pun ditayangkan di Jepun tahun lepas, namun ia baru sahaja memasuki panggung wayang di Malaysia. Ia mengisahkan seorang pembunuh upahan pada zaman Shogun Tokugawa yang diupah oleh golongan revolusi dalam usaha membawa masuk zaman Meiji Restoration. Setelah revolusi berjaya, beliau berjanji tidak akan membunuh lagi dan hidup mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kesetiaannya pada janji tidak mahu membunuh digambarkan dalam pendang bilah terbalik yang digunakannya dimana pedang ini tidak boleh memotong kerana bahagian tajamnya terletak di belakang pedang itu.

Rurouni Kenshin

Rurouni Kenshin

Zaman Meiji Restoration membawa masuk sistem kapitalis di mana wang adalah segala-galanya. Seorang ahli perniagaan berjaya, Kanryuu bermaharajalela dengan rancangan menjual candu di Jepun. Namun, ahli kimianya, Megumi telah melarikan diri dan Kanryuu mengupah seorang samurai kejam digelar Batusai untuk mencari Megumi. Dalam usaha mencarinya, Batusai membunuh berpuluh-puluh anggota polis.

Polis mencari bantuan Kenshin untuk mengalahkan dan menutup operasi Kanryuu, namun daptakah Kenshin mengalahkan penjahat tanpa membunuh?

Sinematografi

Jalan cerita filem ini agak mudah. Ia merupakan jalan cerita keseluruhan anime Samurai X yang dipendekkan menjadi sebuah filem. Sungguhpun begitu, isi kandungan dan jalan cerita filem ini disusun dengan baik menjadikan ia sebuah filem yang menarik.

Tidak dapat dinafikan, jika anda penonton anime sebenar Samurai X, anda mungkin sedikit hampa, tetapi jika anda tidak menonton anime tersebut, filem ini amat menarik terutamanya dalam memaparkan penyesalan seorang bekas pembunuh upahan di atas perbuatan yang lalu dan bagaimana dia menjalani hidup baru.

Rurouni Kenshin

Koreografi babak lawannya menjadi kekuatan filem ini. Babak lawan disusun dengan begitu professional sehingga boleh dikatakan babak lawannya mengalahkan filem Hong Kong dan China. Jika anda biasa menonton babak belawan dalam anime Samurai X, perasaan teruja yang sama dapat dirasai dalam filem live action ini.

Lakonan

Lakonan pelakon utama seperti Kenshin, Kaoru dan Batusai dilakonkan dengan baik dan konsisten dengan anime Samurai X, namun watak jahat seperti Kanryuu dan konco-konconya terlalu ‘slapstick’ dan agak menjengkelkan. Sifat Kenshin yang kadang kala serious dan kadang-kadan akan melawak untuk melegakan tekanan dalam babak serious adalah satu ciri yang dibawa dengan baik, konsisten dengan anime Samurai X

Produksi

Saya amat takjub dengan set lakonan filem Rurouni Kenshin ini. Pada pendapat saya, mereka telah membina atau mewujudkan satu perkampungan zaman dahulu untuk merakam filem ini. Semua prop dan set lakonan dilihat sangat berkadar langsung dengan budaya dan senibina Jepun zaman Meiji Restoration. Prop yang digunakan juga asli di mana tiada prop murahan digunakan untuk penggambaran.

Muzik

Lagu tema filem ini sering kedengaran pada babak-babak yang mendebarkan. Lagu tema ini memang menaikkan semangat dan sangat sesuai dengan filem ini sehinggakan anda mungkin terbawa-bawa dengan lagu ini selepas menonton filem Rurouni Kenshin.

Kesimpulan

Kekuatan filem Rurouni Kenshin ini ialah babak lawannya yang mendebarkan dan setanding, jika tidak lebih baik daripada filem Hong Kong dan China. Malangnya lakonan watak jahat dan konco-konconya sangat menghampakan dan agak merosakkan filem ini. Apa pun filem ini wajib ditonton penggemar anime Samurai X khasnya dan juga penggemar filem Jepun amnya

IMDB

Keseluruhan – 7/10
Sinematografi – 8/10
Lakonan Layar – 6/10
Muzik / Soundtrack – 7/10
Produksi Teknikal – 8/10
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top