Antarabangsa

Jack Reacher – Kisah Penyiasatan Penuh Aksi [Review]

Jack Reacher

Video di Bawah merupakan trailer filem ini, namun yang menariknya trailler ini menggambarkan Jack Reacher adalah sebuah filem aksi, namun ia bukan langsung seperti yang digambarkan dalam trailer – Ia lebih baik daripada itu.

Jack Reacher merupakan seorang bekas Polis Tentera yang telah menghilangkan diri. Semasa dalam kariernya, dia pernah menyiasat satu tembakan rambang yang dilakukan oleh seorang penembak tepat bernama Barr. Tapi oleh kerana beberapa faktor tertentu dia dibebaskan.

Kisahnya bermula apabila satu tembakan “rambang” telah berlaku dan Barr telah menjadi suspek utama. Semua bukti menunjukkan Barr telah melakukannya dan hampir mustahil dia boleh terlepas daripada hukuman. Barr mengaku tidak bersalah dan meminta untuk berjumpa Jack Reacher. Malangnya sebelum dapat berjumpa Jack Reacher dia telah dibelasah di dalam lokap sehingga koma.

Jack Reacher mula menyiasat, dengan bantuan Helen Rodin, peguam Barr dan mendapati kesnya tidak semudah yang disangkakan. Ini menyebabkannya terus mahu menyiasat.

Sinematografi

Sinematografi filem ini berada di tahap standard bagi filem Hollywood. Kekuatanfilem ini terletak pada jalan ceritanya dan bagaimana pengarah mengolah babak-babak penyiasatan Jack Reacher membuatkan penonton tertanya-tanya “apakah yang akan berlaku selepas ini?” ,  “kenapa ini berlaku” dan sebagainya.

Boleh juga dikatakan daripada permulaan babak pertama filem ini, anda tentu tidak akan menjangka kesudahannya. Namun begitu, kesudahan filem ini sedikit menghampakan, walaupn babak-babak terakhir merupakan yang paling mendebarkan dan melucukan.

Lakon Layar

Mutu lakonan dalam filem ini baik namun watak ketua penjenayah tidaklah menggambarkan seorang yang berkebolehan dalam bidang jenayah. Terdapat juga babak-babak lawan yang agak slapstick namun agak baik bagi menjadikan filem penyiasatan seperti ini kurang membosankan.

Pembawaan watak Jack Reacher juga sangat baik. Wataknya umpama campuran antara watak Ethan Hunt dalam Mission Impossible dengan kepandaian Sherlock Holmes, namun anda akan menyedari bahawa gaya lakonan Tom Cruise amat ketara dalam filem ini.

Watak heroine juga dimainkan dengan baik dan gabungan antara kedua pelakon ini memang menjadi dan menghiburkan.

Produksi Teknikal

Bagi sebuah filem Hollywood, filem ini mempunyai bajet yang agak rendah iaitu USD 50 juta. Babak-babak aksinya tidaklah melibatkan kemusnahan banyak kereta dan harta benda awam, namun babak yang ada dibuat dengan baik.

Kesimpulan

Filem Jack Reacher merupakan filem penyiasatan yang menarik. Gabungan unsur penyiasatan dengan aksi lagak ngeri dan aksi melucukan menjadikan filem ini menarik ditonton oleh semua jenis peminat filem. Jalan ceritanya hebat, namun tidak cukup hebat untuk menjadikannya satu filem yang disebut-sebut. Anda berkemungkinan akan lupa tentang filem ini dengan agak cepat.

IMDB : Jack Reacher

Keseluruhan – 7/10
Sinematografi – 7/10
Lakonan Layar – 8/10
Muzik / Soundtrack – 6/10
Produksi Teknikal – 7/10
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top