Antarabangsa

CZ12 (Chinese Zodiac 12) [Review]

CZ12 (Chinese Zodiac 12)

Filem CZ12 arahan Jackie Chan ini mengisahkan pengambaraan JC(Jackie Chan) seorang pencuri profesional dan ahli kumpulannya dalam mencari dan mencuri 12 buah artifak gangsa dalam bentuk haiwan zodiac cina diserata dunia.

Mereka mengambil upah mencuri ini dari sebuah firma antarabangsa yang aktif dalam aktiviti lelongan antarabangsa. Dalam melaksanakan tugasan ini JC telah bertemu dengan Coco yang merupakan seorang pelatih dalam bidang arkeologi dan memperdaya beliau untuk membantunya mencari artifak zodiac ini.

Sinematografi

Seperti kebanyakkan filem-filem lakonan/arahan  Jackie Chan filem ini penuh dengan aksi- aksi lawan dan lagak ngeri yang dilakukan beliau sendiri diselitkan dengan komedi-komedi yang pasti mencuit segenap lapisan penonton. Membikin filem aksi lawan dan lagak ngeri sememangnya kekuatan Jakie Chan dan tidak ramai pengarah yang mampu melakukannya sebaik beliau.

Namun dalam menimbulkan rasa “realism” dalam babak-babak lain seperti babak pemberita bercakap di TV, babak tunjuk perasaan dan babak-babak kecil lain bukanlah kekuatan beliau sejak dari dulu lagi di mana ia masih lagi kelihatan seperti di buat-buat dan tidak .

Babab-babaknya juga bertukar dengan terlalu cepat dan mungkin sesetengah orang tidak dapat menangkap fakta-fakta yang penting untuk memahami plot fielm ini.

Lakon Layar

Lakonan watak-watak utama dalam filem ini baik dan menghiburkan, namun lakonan para pelakon pembantu yang kaku dan sedikit kebudak-budakan juga seolah-olah menjadi “trademark” filem aksi/komedi Jackie Chan sejak dulu. Malahan, para pelakon tambahan mengingatkan kepada lakonan dalam filem “Who am I?“.

Namun mungkin ini kerana Jakie Chan mahu membantu pelakon baru menaikkan nama mereka dalam bidang lakonan.

Produksi Teknikal

Produksi filem ini melibatkan pelakon dari serata dunia seperti Hong Kong, China, Korea, Jepun, Perancis dan Amerika. Ia juga melibatkan aksi lagak ngeri yang sebenar dan tidak banyak CGI. Ini sememangnya baik kerana penonton biasanya sukakan aksi lagak ngeri sebenar berbanding aksi CGI.

Namun begitu, babak payung terjun terakhir merupakan yang paling hebat, walaupun menggunakan gabungan CGI dan aksi sebenar.

Kesimpulan

Walaupun dari segi jalan cerita yang terlalu pantas dan lakonan pelakon tambahan yang kaku, lakonan pelakon-pelakon utamanya berjaya menenggelamkan segala kekurangan filem ini. Filem in sangat menghiburakan dan anda boleh mengharapkan masa anda di dalam panggung wayang penuh dengan gelak ketawa penonton.

Keseluruhan – 7/10
Sinematografi – 6/10
Lakonan – 6/10
Muzik / Soundtrack – 6/10
Produksi Teknikal – 7/10
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top