Antarabangsa

Project Almanac [Review]

Project Almanac sepatutnya ditayangkan tahun lepas tetapi atas sebab-sebab tertentu, ia hanya ditayangkan tahun ini. Namun, apa yang tidak dijangka, filem ini mengambil format first person storytelling di mana filem ini mengambil perspektif watak-watak filem merakamkan pengalaman mereka, seperti filem Cloverfield dan Earth to Echo. Sejujurnya, kami sudah agak bosan dengan filem format sebegini, namun atas dasar profesionalisma, kami tetap review filem ini.

ProjectAlminacProject Almanac [Review]

Project Almanac bermula dengan watak utamanya, David Raskin yang mendapat tempat di universiti terkemuka di Amerika, MIT tetapi tidak mempunyai cukup wang untuk membayar yuran. bagi mengelakkan ibunya menggadaikan rumah mereka, beliau mencari-cari barang lama milik bapanya (seorang saintis yang telah meninggal dunia 10 tahun lalu), untuk dijadikan bahan reka cipta yang boleh dijual.

project-almanac-teaser-pic__oPt

 

Kemudian mereka terserempak dengan kamera dipercayai milik bapanya yang mempunyai video harijadi ketujuhnya. Dalam video tersebut, beliau ternampak pantulan dalam cermin yang menyerupai dirinya, lengkap memakai baju dan menyandang beg miliknya. Setelah menyelongkar barang milik bapanya dengan lebih mendalam, David dan rakan-rakannya menjumpai pelan untuk membina mesin masa yang ditinggalkan bapanya. Apakah yang mereka lakukan dengannya? Tontonilah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Jalan Cerita

Filem Sci-fi first person bukan satu genre yang asing bagi kita. Jika pada zaman dahulu, filem pertama genre ini, “The Blair Witch Project”  menjadi buah mulut orang ramai, kini penonton tidak lagi hairan dengan filem dalam genre tersebut. Filem ini juga bukan untuk semua orang kerana rakan saya yang turut menonton filem ini terpaksa keluar awal kerana “motion sickness” akibat syot kamera yang bergegar.

project almanac

Dengan tidak mengambil kira perkara tersebut, jalan cerita Project Almanac agak menarik. Tetapi bagi mereka yang gemarkan filem Sci Fi, perjalanan filem bertemakan “Time Travel” sudah pasti boleh dijangka oleh mereka. Filem ini tidak terkecuali. Walaupun filem ini diolah dengan baik dan tidak langsung membosankan, perjalanan ceritanya boleh dijangka terutamanya bagi mereka yang banyak menonton filem bertemakan mesin masa.

Tetapi perkara paling menonjol dalam filem ini ialah, setelaa menonton filem ini secara keseluruhan, kami berasa filem ini tidak perlu pun dibuat dalam format first person. Malah, jika ia dibuat berdasarkan format filem biasa, ia mungkin boleh menjadi lebih baik. Tambahan pula, dengan membuat filem ini dalam format first person, banyak persoalan timbul. Sebagai contoh, tak mungkin seseorang itu merakam terlalu banyak perkara dalam kehidupan seharian, termasuk waktu di dalam kelas dan waktu rehat atau melawat rakan di hospital, seolah-oleh mereka dalam satu program realiti. Ia agak tidak realistik.

Walaubagaimanapun, jika anda menolak ketepi kelemahan-kelemahan di atas dan tidak biasa menonton filem bertemakan mesin masa, filem ini agak menghiburkan dan mendebarkan.

PA-1

Kesimpulan

Positif

  • Rentak filem yang perlahan pada permulaan, kemudiannya mendebarkan dan tidak membosankan.
  • Putar belit jalan cerita yang agak memuaskan pada akhirnya.

Negetif

  • Jalan cerita boleh diagak oleh mereka yang biasa menonton filem bertemakan mesin masa.
  • Untuk genre filem first person, ia kurang meyakinkan dan tidak realistik.

Walaupun terdapat banyak komen negetif dari kami mengenai filem Project Almanac ini, tidak bermakna ia sebuah filem yang teruk. Mungkin sedikit stereotype, tapi tidak membosankan. Namun ia tidak sepatutnya dibuat dalam format first person kerana ia menyebabkan panggung wayang penuh dengan kesan muntah dari penonton. Bagi mereka yang boleh menonton filem ini, ia sangat menghiburkan dan pengakhirannya agak baik kerana ia membolehkan anda membayangkan sebuah sekuel tanpa perlu menonton sekuel tersebut.

IMDB

3 Comments

3 Comments

  1. Pingback: Project Almanac | KaKi Borak

  2. Pingback: Project Almanac | KaKi Borak

  3. Pingback: Project Almanac | KeDai KoPi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top