Antarabangsa

Pound of Flesh [Review]

Jean-Claude Van Damme sememangnya seorang pelakon veteren yang tidak tidak asing lagi bagi kita. Namun kebelakangan ini kita kurang dapat melihat nama beliau dalam filem-filem terkemuka Holywood. Filem Pound of Flesh merupakan salah satu filem bajet rendah lakonannya yang membuktikan lagi kemerosotan popularitinya di peringkat antarabangsa.

pound_of_flesh_a_h

Pound of Flesh [Review]

Pound of Flesh mengisahkan Deacon seorang bekas ahli kongsi gelap yang datang ke Filipina untuk menyelamatkan anak saudaranya yang mempunyai kegagalan buah pinggang. Namun, pada malam beliau tiba di Filipina, beliau ditipu seorang perempuan yang kemudian menggodanya dan menidurinya.

Apabila beliau sedar dari tidur, didapati salah satu buah pinggang yang ingin didermakan kepada anak saudaranya telah dicuri. Dengan bantuan abangnya, beliau mempunyai masa 24 jam untuk mencari semula buah pinggang itu sebelum ia dibeli di pasaran gelap.

maxresdefault (1)

Jalan Cerita dan Produksi

Pertama sekali, tidak dapat dinafikan filem ini merupakan filem aksi bajet (anggaran bajet USD7.5 juta) dan ia dapat dilihat dari kualiti props dan lokasinya. Filem ini sepatutnya berlangsung di bandar Manila, Filipina, namun amat ketara sekali ia dirakam di negara China dengan pelbagai papan tanda ditulis dalam bahasa China. Malah pelakon-pelakon tambahan langsung tidak menggambarkan orang Filipina, sebaliknya ia mendapat khidmat pelakon tambahan China.

Props filem yang ternyata bajet disertakan dengan pengeditan filem yang tidak sampai ke peringkat Holywood, amat mudah untuk menyedari bahawa ia bukanlah filem box-office seperti filem-filem lain di pawagam. Malah ia lebih kelihatan seperti sebuah filem TV seperti Cerekarama dan sebagainya.

Namun, dengan tidak mengambil kira kelemahan-kelemahan tersebut, jalan ceritanya ringkas dan tidaklah begitu memberangsangkan. Namun penulis dan pengarah masih mampu mengenakan idea kreatif mereka dengan menampilkan pengolahan plot yang menarik dan mempunyai unsur dilema moral. Kesudahannya juga tidak dijangkakan.

PoundofFlesh2

Positif vs Negetif

Positif

  • Jean Claude Van Damme

Negetif

  • Jelas sekali filem bajet rendah. Lebih kelihatan seperti Filem TV.
  • Babak aksi yang kurang memberangsangkan.
  • Lakonan dan penulisan skrip yang lemah.

Kesimpulan

Harus diketahui bahawa filem Pound of Flesh bukanlah sebuah filem Holywood, sebaliknya merupakan usahasama syarikat perfileman Kanada dan China, jadi boleh dimaafkan sekiranya terdapat kelemahan-kelemahan tertentu pada filem ini. Namun bagi standard asia tenggara, filem ini sudah dikira cukup baik bagi pasaran berkenaan dan tidak sepatutnya terus dikira sebagai filem gagal. Mungkin ia akan muncul dalam siaran Astro atau siaran TV berbayar di serata Asia Tenggara tidak lama lagi.

4 Comments

4 Comments

  1. Pingback: Pound of Flesh | KeDai KoPi

  2. Pingback: Pound of Flesh | KaKi Borak

  3. Pingback: Pound of Flesh | Berita Kanteen

  4. Pingback: Pound of Flesh | myMetro | Akhbar Online Harian Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top