Antarabangsa

Mission Impossible Rogue Nation [Review]

Filem Mission Impossible Rogue Nation merupakan salah sebuah filem yang ditunggu-tunggu tahun ini dan akhirnya tiba di pawagam Malaysia. Kami berpeluang menonton filem ini Sabtu lepas dan pendek kata kami berpuas hati dengan hasil penantian ini.

Mission-Impossible-rogue-nation

Mission Impossible Rogue Nation [Review]

Dalam filem Mission Impossible Rogue Nation, agensi perisikan IMF telah ditutup dan ahli skuad Impossible telah diserap ke dalam CIA. Ethan Hunt yang masih bebas dari cengkaman CIA, bertekad untuk melengkapkan misinya sebelum agensi itu ditutup iaitu mencari dalang di sebalik satu pertubuhan rahsia yang dinamakan The Syndicate.

Sementara itu seorang perisik British yang menyamar sebagai agen The Syndicate, Ilsa Faust telah menyelamatkan Ethan dari ditangkap Syndicate dan bekerjasama secara rahsia untuk menjatuhkan pertubuhan rahsia itu. Mampukah mereka berjaya dalam misi mustahil ini? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini adalah apa yang anda jangkakan daripada sebuah filem Mission Impossible iaitu aksi, penyiasatan dan kepintaran memperdaya musuh. Namun seperti filem-filem sebelumnya, ia lebih banyak memfokuskan kepada aksi dan tiada putar-belit plot yang terlalu berat untuk difahami. Ini menjadikan filem ini menghiburkan dan kurang membebankan minda.

Walaubagaimanapun atas sebab inilah filem ini tidak begitu menonjol. Ia merupakan segala-gala yang diharapkan dari sebuah filem Mission Impossible tanpa sebarang kejutan atau pengolahan plot yang menjadikan filem ini unik. Dengan kata lain ia filem hiburan semata-mata.

mission-impossible-ghost-protocol-pic4-1748x984

Produksi

Dari cakap-cakap dalam media, filem ini disanjung kerana ia memilih untuk mengurangkan sebanyak mungkin CGI dan beralih kepada aksi lagak ngeri yang dibuat secara tradisional. Malah babak pertama di mana Ethan Hunt bergayut pada kapal terbang dibuat tanpa CGI. Bercakap mengenai babak pertama, terdapat bahagian yang memaparkan Menara Kuala Lumpur. Jadi jangan terlepas babak kebanggaan negara itu.

tom-cruise-mi5

Positif vs Negetif

Positif

  • Filem penuh aksi dan menghiburkan.
  • Menara Kuala Lumpur dalam babak pertama.
  • Lagak ngeri tradisional tanpa banyak CGI.

Negetif

  • Tiada keunikan berbanding filem-filem sebelumnya
  • plot agak ringkas untuk sebuah filem perisik.

Kesimpulan

Filem Mission Impossible Rogue Nation tidak dapat dinafikan merupakan sebuah filem yang penuh aksi dan menghiburkan. Namun ia tidak membawa banyak keunikan berbanding filem-filem dalam siri Mission Impossible sebelumnya. Filem ini memang sesuai untuk menghiburkan diri selepas penat bekerja seharian, tetapi akan dilupakan pagi berikutnya. Kami hanya menonton di pawagam biasa, namun rakan yang menonton di D-Box Atmos di pawagam GSC berkata berbaloi untuk belanja lebih sedikit untuk menonton di pawagam khas itu.

3 Comments

3 Comments

  1. Pingback: Mission Impossible Rogue Nation | KeDai KoPi

  2. Pingback: Mission Impossible Rogue Nation | KaKi Borak

  3. Pingback: Mission Impossible Rogue Nation - KaKi Borak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top