Antarabangsa

Maze Runner The Scorch Trials [Review]

Filem Maze Runner pertama agak menarik kerana walaupun ia mempunyai tema remaja, namun ia mempunya jalan cerita yang menarik dan pengakhiran yang tidak disangka. Tidak seperti siri filem The Hunger Games yang semakin lama semakin kelihatan hanya mahu mengutip wang penonton sahaja. Maze Runner The Scorch Trials merupakan filem kedua dalam siri filem Maze Runner.

010

Maze Runner The Scorch Trials [Review]

Maze Runner The Scorch Trials menyambung kisah filem pertama di mana kumpulan remaja yang diketuai Thomas berjaya melarikan diri dari maze di mana mereka dipenjarakan. Mereka kemudiannya dibawa menggunakan helikopter ke satu pangkalan tetapi tidak diketahui siapakah organisasi yang membawa mereka ke pangkalan tersebut.

Apakah tujuan mereka dibawa ke pangkalan tersebut dan siapakah pula organisasi tersebut. Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran.

maxresdefault

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini disusun dengan baik, membawa satu kepuasan setelah menonton filem ini. Jalan ceritanya tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringkas. Terdapat beberapa putaran plot yang tidak dijangka menjadikan filem ini lebih menarik dan menghiburkan.

Walaubagaimanapun, walaupun terdapat putaran plot yang menarik, ia tidaklah menampilkan apa-apa yang baharu dari segi plot yang tidak pernah dilihat dalam filem lain. Pengakhiran filem ini juga menunding kepada sebuah lagi sequel yang dijangkakan menarik.

mazerunner-part2-02

Positif Vs Negetif

Positif

  • Jalan cerita yang agak menarik, walaupun bukan suatu yang baharu.

Negetif

  • Satu lagi kisah zombie.
  • Babak aksi yang pendek dan tidak banyak bilangannya.

Kesimpulan

 

Sebenarnya tidak banyak boleh diperkatakan tentang filem Maze Runner The Scorch Trials selain ia sebuah filem OK. Tidak banyak perkara buruk boleh diperkatakan tentangnya dan tidak banyak perkara baik yang boleh dikatakan tentangnya. Dengan kata lain ia filem yang selamat. Kami merekomennya ditonton oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya jika anda telah menonton filem pertama.

3 Comments

3 Comments

  1. Pingback: Maze Runner The Scorch Trials - KaKi Borak

  2. Pingback: Maze Runner The Scorch Trials | myMetro | Akhbar Online Harian Anda

  3. Pingback: Maze Runner The Scorch Trials | Berita Kanteen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top