Antarabangsa

Kingsman : The Secret Service [Review]

Filem Kingsman : The Secret Service merupakan salah sebuah filem yang amat dinantikan sejak trailernya mula ditayangkan. Saya berkesempatan menonton filem ini bersempena cuti Tahun Baru Cina dan ternyata ianya tidak menghampakan.

The Secret Service KSS_JB_D01_00106.tif

KINGSMAN : THE SECRET SERVICE [REVIEW]

Kingsman : The Secret Service berkisar tentang seorang remaja bijak dan lincah tetapi bermasalah bernama Gary ‘Eggsy’ Unwin yang dipilih untuk menyertai “temuduga” untuk menjadi agen Kingsman oleh sahabat bapanya, Harry Hart atau nama kodnya Galahad.

Kingsman merupkan sebuah pertubuhan perisikan rahsia yang bebas dari kawalan mana-mana negara dan ditubuhkan untuk menjaga keamanan dunia daripada pihak yang mempunyai berniat jahat dan ingin menguasainya. maxresdefault (1) Misteri kehilangan ramai tokoh kenamaan dunia semuanya menunding kepada seorang ahli teknokrat jahat bernama Valentine dan ahli Kingsman ditugaskan untuk menyiasat dan menumpaskan pelan beliau.

Adakah mereka mampu menewaskannya? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

JALAN CERITA

download (1) Filem ini merupakan sebuah filem aksi / komedi / pengembaraan dan jalan ceritanya boleh dikatakan satu campuran antara filem perisik seperti James Bond dengan filem lagenda di mana seorang yang hebat tetapi bermasalah ditakdirkan menjadi ahli pertubuhan penyelamat dunia.

Dengan kata lain, ia merupakan satu tema yang agak “fresh” tetapi pada masa yang sama menggunakan tema yang mudah difahami oleh para penonton.KSS_JB_D27_02661.CR2Dari permulaan sehingga penghujungnya, filem ini membuatkan anda tidak kering gusi dengan lawaknya yang bersahaja. Namun, harus berhati-hati, filem ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ia sangat meremehkan pembunuhan dan kematian yang boleh dikira agak kejam seolah-olah ianya suatu perkara biasa.

Oleh itu, pastikan anak-anak di bawah umur tidak menonton filem ini. Selebihnya, filem ini amat menghiburkan di mana tiada babak yang mampu membuatkan anda merasa bosan. 16

LAKONAN

Selain watak-watak protagonis, karakter Valentine (boss jahat) lakonan Samuel L. Jackson adalah cukup menonjol dalam filem ini. Wataknya yang pelik di mana beliau tidak mampu melihat pembunuhan di depan matanya sendiri dan akan muntah jika melihat darah sedangkan beliau tiada masalah dengan pembunuhan beramai-ramai.

Saya percaya, filem ini tentunya akan hambar tanpa wataknya yang sedemikian rupa. download

KESIMPULAN

Positif

  • Filem yang lucu dan sangat menghiburkan.
  • Jalan cerita yang bukan tipikal dan tidak dijangka
  • Watak-watak yang menonjol dan mempunyai karekter yang kuat.

Negatif

  • Terlalu meremehkan kematian/pembunuhan kejam sebagai bahan lawak jenaka tidak sesuai untuk tontonan keluarga yang memiliki kanak-kanak di bawah umur.

The Secret Service KSS_JB_D01_00106.tif

Persoalannya, perlukah anda menonton filem ini?

Saya akan menjawab persoalan tersebut dengan satu soalan lain iaitu “Kenapa belum tengok Kingsman lagi?”.

Pada pendapat saya, ianya merupakan salah sebuah filem yang wajib ditonton untuk tahun 2015. Walaupun, Kingsman bukanlah sehebat filem-filem epik seperti Star Wars atau Lord of The Rings, nilai hiburannya adalah lebih tinggi berbanding filem-filem tersebut.

IMDB

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: Kingsman The Secret Service | KeDai KoPi

  2. Pingback: Kingsman The Secret Service | KaKi Borak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top