Antarabangsa

Kingsglaive Final Fantasy XV [Review]

Sebenarnya kami tidak tahu-menahu bahawa filem animasi komputer Kingsglaive Final Fantasy XV akan diterbitkan tetapi setelah kebetulan menonton trailer filem ini di Facebook kami mengambil keputusan untuk menontonnya. Untuk pengetahuan anda, kami bukan pemain permainan video Final Fantasy XV, yang berkait rapat dengan filem ini, jadi pemahaman kami mengenai latarbelakang dunia Final Fantasy XV.

KINGSGLAIVE-FINAL-FANTASY-XV-6

Kingsglaive Final Fantasy XV [Review]

Kingsglaive Final Fantasy XV mengisahkan negara Lucis yang dilindungi Kristal ajaib yang dikawal oleh King Regis. Negara Lucis diancam oleh empayar Niflheim yang tidak putus asa untuk menguasai negara tersebut dan peperangan telah berlangsung antara kedua-dua buah negara namun disebabkan Lucis dilindungi kuasa Kristal ajaib, ia selamat. Kingsglaive pula adalah kumpulan tentera elit negara Lucis yang diketuai Nyx Ulric.

nyx-ulric

Setelah lama berperang, King Regis menimbang untuk berdamai dengan empayar Niflheim tetapi untuk itu, baginda perlu melucutkan kuasanya ke atas negeri-negeri jajahanya, kecuali bandar Insomnia, iaitu ibu negaranya. Apakah keputusan yang akan dibuat King Regis dan apakah kesannya kepada negaranya? Kesudahan boleh diketahui dengan menonton filem ini di pawagam.

maxresdefault (3)

Jalan Cerita dan Lakonan Suara

Olehkerana kami bukan peminat atau pemain permainan video Final Fantasy, khususnya Final Fantasy XV yang terbaharu, kami sangat merasakan ketinggalan dari segi pemahaman jalan cerita. Jangan salah faham, anda tidak perlu mempunyai pengetahuan mengenai permainan Final Fantasi XV dan babak pengenalan di permulaan filem ini sedikit sebanyak memberi penerangan tentang latarbelakang cerita di sebalik filem ini, tetapi pada pendapat kami, pemain Final Fantasy XV akan mempunyai asas yang lebih kukuh dalam memahaminya.

Tambahan pula, cara penceritaan filem ini yang kami rasakan mengikut gaya penceritaan permainan video dan berasaskan gaya penceritaan orang Jepun, menyebabkan kami terpaksa menggunakan 110% sel-sel otak untuk memahami sepenuhnya jalan cerita filem ini secara keseluruhan.

MV5BODc1MDE5MjcxOV5BMl5BanBnXkFtZTgwNDU2MTgxOTE@._V1_

Pendek kata, cara penceritaan filem ini kurang jelas dan plotnya juga tidak kukuh. Ini mungkin disebabkan samada kerana filem ini berkaitan dengan permainan video Final Fantasy XV menyebabkan mereka yang bukan peminat permainan ini mengalami kesukaran memahaminya atau mungkin juga filem ini tidak disesuaikan atau dioleh mengikut selera pasaran antarabangsa. Dengan kata lain, filem ini adalah filem dibuat khas untuk peminat.

stunning-new-footage-from-kingsglaive-final-fantasy-xv-surfaces

Walaupun mutu grafik komputernya tiada tandingan, babak-babak aksinya selalunya terlampau kelam-kabut sehingga kami sukar memahami apa yang sedang berlaku. Kebanyakan masanya, babak aksi mengandungi telalu banyak pergerakan dan diburukkan lagi dengan laterbelakang yang juga mempunyai terlalu banyak aktiviti. Pening kami dibuatnya.

Pergerakan mulut juga kurang tepat dan suara watak-wataknya juga tidak berapa sesuai dengan paras rupa mereka.

Pelakon Suara Watak-watak Utama Filem Ini

Pelakon Suara Watak-watak Utama Filem Ini

Kesan Khas

Kami ingin tekankan, kualiti grafik komputernya adalah pada tahap terbaik yang dilihat dalam sesebuah filem animasi komputer, walaupun ia tidak dapat menandingi filem Final Fantasy VII Advent Children yang lebih jelas dari segi koordinasinya.

Kingsglaive-Final-Fantasy-XV-x-New-Audi-R8-01-620x266

Audi R8 Membintangi filem ini

Positif vs Negatif

Positif

  • Kualiti grafik komputer yang terbaik dalam bidangnya.
  • Dunia fantasi yang ditampilkan menarik dan menggabungkan sistem beraja dalam dunia modern.
  • Jalan cerita yang menggabungkan aksi dan politik.

Negatif

  • Babak aksi yang agak kelam-kambut menyukarkan pemahaman mengenai babak tersebut.
  • Struktur jalan cerita mengikut gaya penceritaan Jepun memerlukan penyesuaian mindset penonton. Ia seolah-olah menonton kartun anime yang dialih bahasa kepada bahasa Inggeris tanpa penyesuaian aspek budaya (hanya peminat anime akan memahami apa kami maksudkan).
  • Gerak bibir watak-wataknya kurang selari dengan suara dan suara watak-watak kurang sesuai dengan rupa paras watak tersebut.

Final-Fantasy-XV-CGI-Movie-Kingsglaive-Trailer_CGRecord0102_758_426_81_s_c1

Kesimpulan

Jika kami ingin simpulkan pengalaman menonton Kingsglaive Final Fantasy XV, kami boleh simpulkan bahawa ia umpama menonton kartu anime yang dialihbahasa ke bahasa Inggeris, atau lebih teruk dialih bahasa ke bahasa Malaysia. Jika anda penonton setia kartu anime, anda tahu bahawa pengalaman menonton anime dalam bahasa Jepun (dengan membaca sarikata) jauh berbeza dengan menonton versi yang dialih bahasa. Kami tertertanya-tanya adakah pendapat kami akan berbeza jika menonton versi asal filem in dalam bahasa Jepun? Mungkin. Tetapi buat masa sekarang, penilaian kami mengenai filem ini agak teruk.

Kingsglaive-2

Anehnya, penilaian penonton di laman web seperti IMDB sangat tinggi, menyebabkan kami bingung. Apa pun, tontolah filem ini untuk membuat kesimpulan anda sendiri.

Penilaian : 6/10

IMDB

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Kingsglaive final fantasy xv | Kedai KoPi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top